Home News Rakaman Cctv Wanita Meninggalkan Bayi Di Hadapan Pintu Masjid Raih Perhatian Netizen

Rakaman Cctv Wanita Meninggalkan Bayi Di Hadapan Pintu Masjid Raih Perhatian Netizen

0

Banyak kes yang pastinya kita pernah di mana seorang ibu sanggup meninggalkan anak yang baru dilahirkan di merata tempat. Malah ada tergamak yang meletakkan bayi yang tidak berdosa itu di tong sampah, di dalam hutan dan bermacam-macam lagi.

Baru sahaja berlaku hari ini dimana tular sebuah video di media sosial menunjukkan rakaman cctv sebuah masjid menangkap perlakuan seorang wanita yang dilihat meninggalkan bayi di hadapan pintu masjid. Dikatakan bayi tersebut merupakan bayi perempuan. Tindakan tersebut telah mendapat perhatian netizen dan ramai yang bersimpati dengan nasib wanita yang tidak diketahui penyebab dia melakukan perbuatan tersebut.

“letak pon di tempat yg baik². semoga ibu ni diberi kemudahan di dalam hidup. kita taktau apa masalah dia “

“Allahuakbar… tak berani nak komen apa2 Sbb kita tak tau kan masalah dia. moga baby sehat amiin”

“sekurg2nya dia tak buang ditempat bahya, aank pun dibalut kemas, masih ada naluri keibuan dlm dirinya..”

Baca juga : Seorang Bayi Ini Telah Membuat Super Junior Mengalami ‘Baby Fever’

Baca juga : “Kalau Kita Ni…” Bayi 04 Ini Mempamerkan Visual Mereka Dalam Gambar Graduasi

Kejadian berlaku di Perak iaitu di Masjid An Najihah Sg Kepar Semanggol Perak smlm(9/6/2023).

Lihat rakaman cctv di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga komen netizen :

@shafina570 : InshaAllah ank tu akn jdi ahli masjid satu hari nanti dg izinNya…Moga baby tu sht2 saja hendaknya

@Eyja Jai : psti masalah ekonomi.dye tak buang..dye letak..dye tau msjid pasti rmai akn dtg solat.moga baik2 sj khidupan si ank

@FizaOhsem1202 : syukur nasib letak kt tmpat y baik2..dr buang tmpat y xsepatutnye..moga baby sihat..

@CahayaHuda : Sekurang2nya dia letak anaknya di tmpt selamat & dibalut rapi.jgn la dijatuhkan hukuman berat.beri perlindungan kpd ibu & bayinya.

@kipjfm : kenapa dibuang,,,sy dan isteri nak sgt ada anak …tp belum ada rezeki lg, org yg senang dpt anak dibuangnye sedih betul…

@zanaapiz93 : mungkin ade sebab. kita x tahu kesusahan org lain yg lgi susah dri kita. dgn ekonomi yg gawat skrg ni

@Atenyana : mngkin sbb dia tk mmpu jga msalah duit ka tdk qeja ka allah kesian baby..semoga ada org baik bulih jaga bby tu

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram