Home New Post Rakaman Pelanggan Keluar Dari Restoran Tanpa Membayar, Pemilik Restoran Halalkan Jika Terlupa

Rakaman Pelanggan Keluar Dari Restoran Tanpa Membayar, Pemilik Restoran Halalkan Jika Terlupa

0

Banyak kes yang pastinya kita pernah dengar di mana terdapat pelanggan yang makan tanpa membayar makanan. Sama ada mereka memang sengaja ataupun situasi tersebut memang tidak disengajakan.

Baru saja tular satu video di halaman tiktok @lindaonn di mana memperlihatkan rakaman sebuah cctv di sebuah restoran yang mana difahamkan terdapat pelanggan yang keluar tanpa membayar makanan mereka. Jumlah makanan tersebut bernilai RM 50.46. Dalam kapsyen tiktok tersebut juga ada menyatakan bahawa jika benar pelanggan tersebut terlupa maka mereka halalkan sahaja namun sebaliknya jika memang sengaja.

“Andai benar terlupa, dihalalkan.Andai disengajakan disengajakan, sebaliknya lah..Kepada famili yang duduk di meja F1, restoran @mymomschickenrice , cawangan MYTOWN, KL… errr… Awak lupa bayar tadi. Apa pun, terima kasih sudi menjamu selera di My Mom’s Chicken Rice cawangan terbaharu tingkat 2, MyTOWN, KL.”

restoran

Baca juga : Pelanggan Makan Tanpa Bayar, Pekerja Restoran Terpaksa Tanggung Bil Sebanyak RM723

Lihat klip rakaman tersebut di instagram :

https://www.instagram.com/reel/Ct516fjROhb/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Lihat juga komen netizen :

@semekot : pelanggan berapa kerat je…..tp staff tak alert…. jenuh juga kalau mcm ni.

@Lis Chill : kalau mcmni kena ubah la.. order d kaunter & terus bayar. klu nk tmbh order suh g kaunter. ssh la klu asyik x byar je..

@Syafieqa : terlupa tu, kalut dengan anak kot

@rbc610 : ayam kg valedrom cheras pun dh tkr sistem sbb byk mcm ni lah berlaku..ada je berfamily lari xbyr

@Aradell : maybe lupe bayar. sy pernah terlupa masa kat secret recipi. balik baru teringat. terus call dan buat payment on9

@Ladybear : aku penah beli makanan. QR. xperasan yg QR tu unsuccesfull. tak tenang rasa, dalah benda makan. pastu kena tggu laki aku cuti lak.

@Abiiiiiii : aku pernah lupa bayar, waktu nak beli minyak kereta rasa hairan kenapa duit masih jumlah sama walau lepas makan restoran

@GreenteaFrappe : Kadang terlupa. Aku time lunch makan tak bayar, malam nak tidur baru teringat. Nasib akak tu tak viralkan..tapi esoknya bayor ler balik

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram