Home New Post Rakaman Tikus Gigit Ayam Di Pasar Basah, Netizen Disarankan Untuk Berhati-Hati Dlm...

Rakaman Tikus Gigit Ayam Di Pasar Basah, Netizen Disarankan Untuk Berhati-Hati Dlm Beli Barang Basah

0

Tikus merupakan haiwan yang kotor dan banyak dijumpai di tong-tong sampah dan di tempat-tempat yang kotor serta berbau hanyir.

Baru sahaja beberapa hari yang lepas tular rakaman di tiktok di mana memperlihatkan seekor tikus yang sedang makan ayam mentah di sebuah pasar terbuka. Pada awalnya pemilik rakaman yang juga merupakan seorang wanita berasa curiga melihat sesuatu pada ayam mentah tersebut.

“Aku tengok dari kereta sajalah, aku “zoom” dekat – dekat untuk tengok binatang apa itu. Rupa-rupanya tikus, rakam je lah mampu,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Tambahnya, dia juga menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membeli barang basah.

“Awak semua berjaga-jaga lah dalam membeli lauk basah yang terdedah, takut ada yang jadi begini. Beringatlah dalam membeli, risiko mesti akan ada,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai pendapat mengenai video yang tular itu.

“bahaya utk kesihatan. blh kena jangkitan kencing tikus. Di mana tmpt”

“kencing tikus paling risau.. hmmm”

Baca juga : “Sejak Bila Tikus Comel Ni”-Tikus Di Kedai Makan, Lain Pulak Reaksi Netizen

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga komen netizen :

@Mirrr : Seeloknya turun p bgithu mungkin kita boleh selamatkn nyawa org..

@as194 : sbb tu elok ada kucing d psr… blh mburu…dn jgn kdekut nk bg ikn o ayam….

@Dunia tipu-tipu : Manalah tak gemuk tikus tu.. Mkn sedap

@Ive Died Everyday Waiting : Saya suka beli dkt pasar mlm je..ayam jagung baru disembelih..biarpun mahal sedikit..aduhhi

@Iamhere000 : bukan level aku la kedai camni

@Intan Nazwin : sepatutnyer owner Kedai kena sentiasa tutup box ais Tu. xdela binatang ape2 pun masuk ke mkn ke.

@Sally W Channel : biasa beli yg sembelih kat kedai takut beli yg mcm ni

@Sitozz : Pernah nampak kucing pancit kencing kat keropok mentah yg terdedah n disusun kat rak bahagian bawah. Ckp kt org kedai, boh layan

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram