Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ammyramli88, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang peniaga berasa sebak lepas mendapat mesej dari rakannya di dalam ‘live’ Tiktok nya, yang mengatakan ingin membeli kesemua makanan yang dijual dan meminta beliau untuk beri kepada orang ramai. Beliau juga berterima kasih kepada rakannya ini kerana memberi sokongannya untuk berniaga.
Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan beliau sangat bertuah mendapat sahabat yang ingin berkongsi rezeki dan membuatkan para penonton sebak apabila melihat reaksinya. Ada juga yang mendoakan semoga beliau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 160.9K penonton, 8146 sukaan dan 418 komen.
Baca lagi: Hidangkan Ikan Hidup Buat Rakan-Rakan, Gelagat Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur
Lihat klip durasi pendek reaksi peniaga ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@DeeN 2530: Alhamdulillah terus berjuang bro. Rezeki Allah bagi.. Kita cuma menjalankan amanah nya..
@Doflaminggow: Da mkn td pagi.. sedap.. tq yg lanje smoga murh rzeki
@Kak Elly: dikelilingi sahabat yg baik,org2 baik..rezeki dari Allah swt
@ajik02120104: bukan senang dpat sahabat mcm ini skrg ini,sama lah mcm sahabat aku,yg tidak pernah kesah tlg aku bila aku memerlukan
@NorhudaJohan: tak semua kawan y mampu support kawan . semoga awk dia & y lain extra rezeki selalu insyallah
@Yaben: kenal abang ni time saya intern dekat BSC bulan 9. kalau abang ingat saya pakai full hitam selalu beli nasi ayam kunyit
@zira: alhamdulillah semoga awak dan sahabat dimurahkan rezeki
@siticake shop: semoga yg memberi ..owner ..dan penerima.. sentiase dikurniakan rezki yg melimpah luah penuh keberkatanNya dan tak putus²
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram