Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok syukrimustamam05, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki berkongsi cerita di mana beliau tercium bau wangi di tempat kerjanya. Seperti yang dilihat dalam video klip ini, beliau bekerja sebagai ‘misi’ di bahagian kaunter di sebuah hospital. Pada mulanya dikatakan beliau mendapat bau wangi sahaja tetapi tidak berkata apa-apa, tetapi apabila rakannya juga mendapat bau aroma itu pula ditegur bau wangi tersebut datang dari mana.
Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada pekerja hospital ataupun pesakit yang berada ditahan wad. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara seram ketika berada di sebuah hospital. Netizen juga mengatakan ianya juga berlaku kepada pengawal keselamatan yang menjaga pintu hadapan serta beberapa pekerja yang berada di luar daripada hospital.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 472.3K penonton, 17.4K sukaan dan 755 komen.
Baca lagi: Penampakan Hantu Di Sebuah Hotel Terkenal, Reaksi Anak2 Ini Buat Ramai Yang Seram
Baca lagi: “Capybara Terlepas, Oyen Pula Hilang”-Lihat Apa Tindakan Pekerja Zoo Negara Ini
Lihat klip durasi pendek reaksi lelaki ini selepas ditegur rakan terhidu bau wangi:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@dalafantaghiro: Penah syif malam kene marah dgn uncle cina kenapa bg budak kecik kacau dia nk tido malam, padahal mana ada visitor leh masuk dh
@Kak Yaa: lagu ni boleh jadi sedih boleh jadi seram semua laaa..
@babah zhafran/uwais: apatah lg kami yg security jaga wad ni.. buat2 x nampak kdg2
@nanafarhana94: sbb tu kalo nk masuk hspital aku rela amek kelas ke3 ramai2 tdo mcm masuk asrama..haha
@N U R U L: lepas bersalin, dapat katil tepi toilet. pulak malam tu tong sampah tu full dengan pad.
@Siti Syabira: Blom lg dengar bunyi budak gelak kt hujung coridor. Adeh
@butterfly: admit wad sorg²..pintu toilet depan katil je,tbe² nmpk ade org masuk toilet tk keluar²..kita masuk tgk mmg tkde org
@IndahIsabell: masa jga suami kat lorong tandas kuat bau kasturi..sekali masuk tandas dia main jenguk2 gais,kita jenguk blk dh hilangg gais..esok tu sis demam gais
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram