Pada episod 20 Mac rancangan ‘Girls’ High School Alumnae’ Channel A, pelakon Shin Ji Soo telah muncul sebagai tetamu khas.
Semasa episod itu, Shin Ji Soo berkongsi, “Saya selalu fikir yang saya mempunyai tenaga dan stamina yang tinggi tetapi sejak saya melahirkan anak perempuan saya pada Julai 2018, saya tidak mempunyai masa untuk bersenam.
Saya terus-menerus kehilangan berat badan dan saya tidak berasa bertenaga. Saya mahu menjadi sihat semula.”
Salah seorang pengacara tetap rancangan itu dengan berhati-hati bertanyakan berat badannya yang terkini dan Shin Ji Soo mengejutkan semua orang dengan mengatakan beratnya hanya sekitar 37 dan 38kg sahaja.
Sementara itu, Shin Ji Soo telah memulakan kerjayanya pada tahun 2000 dan berkahwin pada tahun 2017.
Baca lagi: Peminat Mengakui Akan Kecantikan Dan Fesyen Pelakon Utama ‘A Business Proposal’ Yang Memukau
Baca lagi: Lima Bintang Ini Memilih Wanita Yang ‘Chubby’ Sebagai Gadis Idaman Mereka
Sumber: [1]