Pada tahun 2023 para peminat Kdrama dihujani dengan banyak rancangan drama siri terbaru yang sememangnya menarik dan setiap minggu ditunggu-tunggu oleh penonton setia.
Deretan Kdrama seperti Taxi Driver 2, Kokdu: Season of Deity dan banyak lagi menjadi santapan dan peneman para penonton setiap minggu. Pasti jadual para peminat dipenuhi dengan rancangan Kdrama yang mereka minati.
Sambutan menggalakkan daripada para peminat menyebabkan drama-drama siri ini mendapat rating yang sangat baik setiap kali penayangan. Jom kita lihat kemaskini (update) rating Kdrama terbaru pada awal bulan Mac 2023.
Beberapa drama siri tampil dengan rekod peratusan rating yang (turun naik) fluktuatif. Seperti yang diketahui umum berdasarkan data yang dikutip dari Nielsen Korea, rating drama Korea terbaru pada Februari 2023 memang sering berubah-ubah dan saling berkejaran antara setiap Kdrama yang bersiaran.
Beberapa kdrama mendapat data yang mempunyai peningkatan, tetapi ada juga data yang merosot. Contohnya Taxi Driver 2 baru-baru ini telah berhasil mencatat rekod tertinggi untuk tayangan episod 5. Begitu juga dengan Kdrama Korea Three Bold Siblings yang kembali mencatat rating tinggi pada ke episod 46.
Sementara itu untuk perolehan rating Kdrama terbaru iaitu Kokdu: Season of Deity kembali merosot pada episod ke 11. Perkara tersebut juga terjadi pada rating drama Korea Our Blooming Youth daripada episod 8.
Berikut merupakan senarai lengkap rating yang dipungut oleh setiap Kdrama, sumber dari Nielsen Korea, Sabtu (4 Mac 2023):
1. Taxi Driver 2 (2023)
Rating Kdrama terbaru Taxi Driver 2 mencatat rekod tertinggi pada episod 5,dan meraih 13.9 peratus. Kdrama ini melonjak naik pada episod 3 dengan rating 13.2 peratus. Rating Taxi Driver 2 kembali turun turun pada episod 4 dengan mencatat 11.3 peratus.
Perolehan rating Taxi Driver 2 di episod 2 merosot dari penayangan perdananya, walaupun masih berada pada angka dua digit. Rating Taxi Driver 2 episod 2 berada pada angka 10.3 peratus iaitu lebih rendah daripada rating episod yang pertama yang meraih 12.1 peratus.
2. Kokdu: Season of Deity (2023)
Sementara itu rating Kokdu: Season of Deity episod 11 lesu pada angka 1.6 peratus dimana lebih rendah berbanding episod 10 iaitu 1.7 peratus. Rating Kdrama terbaru ini sempat mandaki naik pada episod 9 dengan rating 2 peratus. Rating Kokdu: Season of Deity episod 8 jatuh pada angka 1.4 peratus, setelah sempat naik semasa episod 7 dengan perolehan 2.7 peratus.
Rating Kokdu: Season of Deity kembali merosot pada episod 6 dengan mencatat purata 1.9 peratus. Kdrama Kokdu: Season of Deity adalah drama romantik fantasi ini menceritakan tentang percintaan malaikat maut (Kokdu) dengan seorang doktor yang memiliki kemampuan luar biasa.
3. The Heavenly Idol (2023)
Rating Kdrama The Heavenly Idol merosot pada episod 6 iaitu 1.4 peratus, setelah melonjak naik pada episod 5 dengan meraih rating 2.1 peratus. Rating The Heavenly Idol episod 4 merosot pada angka 1.6 peratus.
Pada episod 3, rating The Heavenly Idol stabil sama dengan episode 2 iaitu 2 peratus. Kdrama terbaru The Heavenly Idol yang ditayangkan secara perdana pada pada Rabu 15 Februari 2023 berjaya mencatat rating 3.1 peratus.
Drama siri ini mengisahkan tentang Lembrary (dilakonkan oleh Kim Min Kyu), yang merupakan seorang pendeta yang diutus oleh Tuhan dari dimensi yang berbeza. Lembrary terjebak dan terperangkap dalam tubuh seorang bintang idol K-Pop.
4. Delivery Man (2023)
Kdrama terbaru Delivery Man memasuki episod 2, sayangnya perolehan ratingnya merosot pada angka 0.7 peratus.
Pada penayangan perdananya, rating Delivery Man berada pada angka 1.1 peratus. Delivery Man menceritakan tentang seorang jejaka yang bernama Seo Yeong Min yang mempunyai kemampuan melihat hantu. Kemampuannya itu digunakan untuk membantu hantu yang menaiki teksinya.
5. Our Blooming Youth (2023)
Walaupun rating Kdrama ini pernah meningkat naik, walaubagaimanapun rating Our Blooming Youth episod 8 merosot pada angka 3.6 peratus. Rating Our Blooming Youth meningkat pada episod 7 dengan mencatat 4.2 peratus, dan direkodkan menurun pada episod 6 sebanyak 3.4 peratus. Pada penayangan episod 5, rating Our Blooming Youth tetap sama dengan episod 4 iaitu 3.6 persatu.
Rating drama Korea Our Blooming Youth episod 3 sedikit meningkat pada angka 3.7 peratus. Kdrama terbaru yang dibintangi oleh Park Hyung Sik ini adalah drama terbaru yang mengisahkan tentang kisah cinta Putera Mahkota Lee Hwan dan Min Jae Yi yang tidak ditakdirkan bersama.
6. Brain Works (2023)
Brain Works mengakhiri penayangannya dengan rating yang melonjak naik pada angka 4.3 peratus. Rating Brain Works merosot pada episod 15 dengan meraih 3.4 peratus dan episod 14 juga turun pada angka 4 peratus. Perolehan rating Brain Works episod 13 melonjak naik dengan mencatat purat 4.3 peratus.
Penayangan Brain Works episod 12 turut menurun dari dua episod sebelumnya iaitu mencatat purata 3.4 peatua. Kutipan rating Brain Works episod 11 stabil sama seperti episode 10 iaitu 3.7 peratus.
7. Crash Course in Romance (2023)
Pada episod 14, rating Crash Course in Romance meningkat mendadak pada angka 14.3 peratus. Rating Crash Course in Romance episode13 merosot pada angka 11.4 peratus dan pada episod 12 kembali naik menjadi angka 13 peratus.
Rating Crash Course in Romance episod 11 menurun pada angka 12.5 peratus.
Sebelum itu, rating Kdrama ini melonjak naik pada episod 10 dengan mencatat 13.5 peratus. Crash Course in Romance mengisahkan tentang kisah bekas atlet kebangsaan dengan seorang guru popular. Tayangan tersebut ditayangkan di Netflix.
8. Three Bold Siblings (2022)
Three Bold Siblings kembali mencatat rating tinggi pada episod 46 iaitu 27.6 peratus, sebelum itu rating drama tersebut merosot jatuh. Rating Three Bold Siblings episod 45 merosot pada angka 25.2 peratus, walaupun sebelumnya meningkat mendadak pada angka 27.2 peratus pada episod 44.
Three Bold Siblings episod 43 juga mengalami penurunan rating yang cukup ketara iaitu pada angka 23.4 peratus. Rating Three Bold Siblings juga kembali meningkat pada angka 26.8 peratus pada episod 42.