Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Rating Episod 1 & 2 Kdrama Perfect Family Memberangsangkan, 3 Plot Misteri...

Rating Episod 1 & 2 Kdrama Perfect Family Memberangsangkan, 3 Plot Misteri Muncul Meninggalkan Tanda Tanya

0

Drama baru dari KBS2 TV yang bertajuk Perfect Family telah rasmi ke udara di platform berbayar Viu. Pada 2 episod perdana drama Korea thriller misteri ini terus menampilkan plot misteri yang sangat mengejutkan bagi para penonton.

Drama baru ini dibintangi oleh beberapa orang pelakon terkenal, ‘Perfect Family’ sangat dinanti-nantikan oleh peminat drama Korea. Bintang-bintang popular yang terlibat dalam drama ini ialah Kim Byung Chul, Yoon Se Ah, Park Ju Hyun dan Kim Young Dae.

Perfect family

Menurut laporan dari Nielsen Korea, rating untuk 2 episod perdana drama ‘Perfect Family’ sangat memberangsangkan. ‘Perfect Family’ mencatatkan rating sebanyak 2.5 peratus, dengan penontonnya agak stabil daripada tayangan perdana drama malam sebelumnya. Rating yang cukup bagus untuk episod baru bagi drama yang baru ditayangkan.

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Perfect Family” ialah drama misteri baharu tentang sebuah keluarga yang kelihatan bahagia dan sempurna yang mula mencurigai antara satu sama lain apabila anak perempuan mereka terlibat dalam pembunuhan.

3b3ce052 83b5 4ac6 9517 da6e6d8da34a 7a7d9a1d 2bee 415d a1dc 3f007986dd62 IMG 8251 IMG 7908 2

Park Ju Hyun membintangi Choi Sun Hee, seorang pelajar model yang menduduki tempat pertama di sekolahnya, manakala Kim Byung Chul dan Yoon Se Ah memainkan watak ibu bapa angkatnya Choi Jin Hyuk dan Ha Eun Joo. Ibu bapanya melakukan segala perkara yang mereka mampu untuk melindungi Choi Sun Hee.

Menampilkan kehidupan Chi Seon Hee (Park Ju Jyun) selepas diambil sebagai anak angkat oleh peguam terkenal Choi Jin Hyuk (Kim Byung Chul) dan Ha Eun Joo (Yoon Se Ah).

Choi Seon Hee membesar menjadi anak yang cerdas, matang, dan mempunyai sahabat yang baik seperti Park Gyeong Ho (Kim Young Dae) dan Ji Hyeon Woo (Lee Si Woo). Park Gyeong Ho pernah menyatakan perasaannya kepada Choi Seon Hee namun cintanya ditolak oleh Choi Seon Hee.

IMG 8257

Muncul seorang pelajar baru yang bernama Lee Soo Yeon (Choi Ye Bin) yang merupakan kawan masa kecil Choi Seon Hee semasa mereka berada di rumah anak-anak yatim.

Nampaknya pihak produksi KBS2 TV terus menampilkan 3 plot misteri yang sangat mengejutkan!

Plot pertama. Lee Soo Yeon muncul sebagai pelajar baru di sekolah Choi Seon Hee. Dia mengingatkan tentang bekas kecederaan melecurnya kepada Choi Seon Hee ketika zaman kanak-kanaknya. Seterusnya adalah plot dimana Park Gyeong Ho meninggal dunia semasa menyelamatkan Choi Seon Ho dari serangan Lee Soo Yeon.

IMG 8258 IMG 8254

Dan plot ketiga, misteri kematian seluruh keluarga Park Gyeong Ho apabila ibubapa dan Park Gyeong Ho diberitakan mati terbakar dirumah mereka ketika sedang tidur.

Pada awalnya kemunculan Lee Soo Yeon adalah untuk membalas dendamnya terhadap Choi Seon Hee kerana peristiwa kebakaran di rumah anak-anak yatim dahulu. Tetapi dengan kematian seluruh keluarga Park Gyeong Ho, telah menambahkan lagi kerumitan jalan cerita “The Perfect Family”.

Adakah anda sudah menonton dua episod pertama “Perfect Family”? Jangan lupa tonton episod seterusnya pada Rabu dan Khamis akan datang ya! Semakin mendebarkan!

Kongsi pendapat anda dengan kami dalam komen!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: 4 Pelakon Lelaki Korea dalam Drama Romantik Yang Wajahnya Dikatakan Hodoh Tetapi Kini Sangat Popular
Baca juga: Peminat Thriller Misteri Harus Tonton Kdrama Perfect Family, Kisah Keluarga Yang Menyimpan Rahsia Gelap