Drama Eve mencuri tumpuan peminat gara-gara babak yang tidak sepatutnya ditontonkan di televisyen?
Dibintangi oleh Seo Ye Ji, Lee Sang Yeob, Park Byung Eun, dan Yoo Sun, drama ini bertema kan romantik dendam. Drama ini dianggap comeback kepada Seo Ye Ji selepas terlibat dalam skandal melibatkan bekas kekasih iaitu Kim Jung Hun.
Pada 2 Jun yang lalu, drama ini telah ditukar rating untuk tontonan 19 tahun ke atas sahaja. Menurut Nielsen Korea, episod kedua drama ini telah melonjak kepada 3.7 peratus sementara drama KBS 2TV, “Love All Play“, telah menurun kepada 1.4 peratus walaupun drama itu bersiaran akhir pada minggu ini.
Sumber:Soompi