Sejak ditayangkan pada 8 April 2024 di Viu, drama Lovely Runner berjaya menjadi topik perbualan hangat di kalangan penonton. Drama Korea ini sendiri adalah berdasarkan web novel berjudul “The Best of Tomorrow” karya Kimbbang pada tahun 2017 yang kemudiannya digambarkan sebagai webtoon dalam dua musim.
Dengan taruhan pengakhiran gembira atau sedih dalam versi drama, penonton pasti ingin tahu bagaimana kisah asal dalam versi webtoon yang mempunyai 50 bab.
Webtoon The Best of Tomorrow musim kedua telah berakhir dengan Sun Jae yang menghantar Im Sol ke apartmentnya. Sejak pengumuman rasmi musim kedua berakhir pada Oktober 2023 lalu, belum ada khabar lanjutan dan pengeluaran untuk musim ketiga.
Sedangkan dalam versi web novel, kisah romantik Sun Jae dan Im Sol berakhir di jinjang pelamin. Menurut anda, adakah pengakhiran drama Lovely Runner akan sama seperti karya asalnya?
Baca juga: 5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan
PETUNJUK AKHIR YANG BAHAGIA DI EPISOD 9-10?
Episod 9-10 Lovely Runner sebelum ini menjadi trending di media sosial kerana menunjukkan hint manis tentang pengakhiran kisah cinta antara Soljae Couple. Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok) dan Im Sol (Kim Hye Yoon) dijangka bakal berkahwin semasa ending drama Korea ini.
Ada beberapa petanda yang muncul di episod 9-10 yang menguatkan teori tentang perkahwinan Ryu Sun Jae dan Im Sol. Adakah pasangan ini benar-benar bakal mendirikan rumah tangga pada akhir cerita? Semak ulasan di bawah ini!
Peringatan, artikel ini mengandungi spoiler!
1. Ryu Sun Jae dan Im Sol secara tidak sengaja berciuman
Episod 9 menyebutkan tentang mitos di kalangan pelajar Universiti Yeonseo bahawa pasangan yang berciuman semasa hari pertama lawatan belajar bakal berkahwin. Perkara ini dibuktikan oleh beberapa pasangan lain termasuk Im Geum (Song Ji Ho) dan Lee Hyun Joo (Seo Hye Won). Di epilog episod ini, Ryu Sun Jae dan Im Sol secara tidak sengaja berciuman dan membuatkan para penonton tidak keruan.
2. Beberapa watak menyebut tentang ‘menantu’ seolah-olah berkaitan dengan Ryu Sun Jae dan Im Sol
Dialog beberapa watak di dua episod terbaru seolah-olah memberi petunjuk tentang masa depan Soljae Couple ini. Ryu Geun Deok (Kim Won Hae) menyatakan bahawa Im Sol bertindak seperti menantunya kerana dia sangat bimbang dengan Ryu Sun Jae.
3. Ryu Sun Jae tahu bahawa Im Sol dari masa depan
Di episod 10, Im Sol akhirnya memberitahu Ryu Sun Jae bahawa dia dari masa depan. Walau pada awalnya menyangka kata-katanya adalah bohong, jejaka itu akhirnya percaya. Oleh kerana Ryu Sun Jae tahu bahawa cintanya tidak bertepuk sebelah tangan, jejaka itu bakal melindungi dan menunjukkan perhatian yang lebih dari sebelum ini, tidak mustahil mereka akan berkahwin!
4. Masa depan berubah dan Ryu Sun Jae bukan lagi bintang idola Kpop
Epilog 10 menunjukkan masa depan berubah lagi. Band Eclipse kini hanya mempunyai 3 orang anggota dan Ryu Sun Jae kemungkinan besar bukanlah bintang idola lagi. Jika benar Ryu Sun Jae bukan bintang idola, dia tidak akan mengalami kesukaran untuk menjalin hubungan dan berkahwin dengan Im Sol kerana dia tidak lagi dihalang oleh pihak agensi atau para peminat fanatik.
5. Dalam versi web novel, Ryu Sun Jae dan Im Sol berkahwin
Lovely Runner merupakan adaptasi dari web novel yang juga mempunyai versi webtoon. Dalam kisah versi asal, Ryu Sun Jae dan Im Sol ternyata akhirnya berkahwin. Walau ada perbezaan antara web novel dan versi drama, tetap ada perincian yang sama hanya berbeza latar tempat dalam cerita. Oleh sebab itu, ada kemungkinan versi drama juga akan mempertahankan pengakhiran seperti versi asalnya.
Ryu Sun Jae dan Im Sol menghadapi banyak dugaan dalam hubungan mereka. Mereka merasa bersalah dan saling merindui selama berbelas tahun. Oleh sebab itu, ramai penonton berharap pasangan yang disebut Soljae Couple ini bakal mempunyai happy ending hingga berkahwin di episod terakhir Lovely Runner nanti. Kita berharap sahaja Directornim tidak mengubah pengakhiran kisah Sun Jae dan Im Sol menjadi kisah tragis!