Home New Post Reaksi Anak Pilih Selipar Murah Kerana Takut Duit Ibunya Habis Raih Perhatian...

Reaksi Anak Pilih Selipar Murah Kerana Takut Duit Ibunya Habis Raih Perhatian Netizen

0

Kebiasaannya anak-anak yang masih kecil tidak tahu membezakan sesuatu harga yang mahal dan murah. Mereka akan memilih sesuatu barang berdasarkan tarikan barang tersebut tanpa melihat kepada harga.

Namun lain pula apa yang dilihat kali ini di mana tular sebuah video di tiktok @bythemadamb di mana memperlihatkan situasi seorang budak lelaki tidak mahu membeli selipar apabila mengetahui harga selipar tersebut yang bernilai RM 39.90 dan dia katakan selipar tersebut mahal. Reaksi budak lelaki tersebut telah menarik perhatian netizen dan masing-masing memuji cara didikan ibunya itu.

“didikan yg baik dri mak dah ayah… alhamdulillah”

“Matang dan berjiwa besar adik ni…tahniah pd mak ayah die atas didikan yg bagus”

Ramai juga yang berkongsi pengalaman sama di ruangan komen.

“Sedih rasa..ank sulung sy pun tiap2 hari akn buka purse sy tgk ada duit ke x.kalau 0 msti dia akn letak duit blanje sklh dia skit. Dia drjh 1..”

“mcm anak buah sy btul dia ni.. kdg2 kite kt mall tnya. smua dia kata mahal. mcm kite x mampu beli pulak… bila pikir dia overconcern”

“Sama ngn anak aku yg sulong..beginila perangai dia..sbb dia dah pernah hidup ssh dgn aku ngn mommy dia..alhamdulillah skrg da lebih baik”

Baca juga : Anak Menangis Nak Gigit Selipar, Ragam Anak Tarik Perhatian Netizen

Baca juga : “Dah Boleh Buat Keychain Tu”- Cuaca Panas Sangat Sampai Kasut Pun Mengecut

Lihat rakaman di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@cutepink_10 : Tengok budk ni teringat aku dulu….nk beli apa pon tk mintak renung jerr benda tu last ii mak notice aku then dia tya nak keeee tk lahhhh tgok jaaa

@Fairul & shuhana : sbg bapa lagi rs diri ni x guna kalau x dpat ada kan prmintaaan anak nk sesuatu

@Izzat Nasir : Btl klw ank 1st mcm ni laa.. dlu aq blja x guna duit parent cuti bt part time cr duit utk blja

@zurienazahari : kalau masa kecil dulu ..taw mama xcukup duit..” kalau mama offer mesti ckp xpe la..” nanti boleh beli..” padahal nak sgt barang yg dilihat..”

@Aizal CheAni : Smga besar nnt jadi anak yg soleh yg manfaat untuk mak ayah bila dh smpai masa.. Aamiin

@Zaris : Teringat masa kecik2 dulu macam ni, tak sampai hati nak ambil barang2 mahal..Sekarang beli barang cekup je tak tengok harga pun

@Ayinf : .ank sulung pasti akn lalui susah ibu ayah.prcya la smua ibu ayah struggle nk bri yg trbaikk dari ann sulung ibu ayah bljar …

@madu : dulu time kecik i slalu ckp “ takpelah kakak takmau belikan untuk adik ja akak takpayah “ but dalam hati teringin sangat

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram