Home Video Reaksi Bapa Tolak Kerusi Roda Anak Sertai Pertandingan Larian, Undang Sebak Netizen

Reaksi Bapa Tolak Kerusi Roda Anak Sertai Pertandingan Larian, Undang Sebak Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok purtek27, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan reaksi seorang bapa menolak kerusi roda anaknya hingga ke garisan penamat dalam pertandingan larian di sekolahnya. Dikatakan lelaki ini sedang bekerja tetapi untuk membuat anaknya bahagia, beliau sanggup menyertai bersama anaknya ketika permulaan larian.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 10 06 005813
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan lelaki itu dikenali sebagai Mael dan tindakannya untuk membahagiakan anaknya membuatkan para penonton sebak. Ada juga yang mendoakan semoga anak beranak ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Lelaki ini turut memberi komen di ruangan komen, yang menyatakan bahawa beliau berterima kasih kepada pemilik video klip ini kerana membuat rakaman ini dan beliau akan menjadikan ia sebagai kenangan terindah.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 43.2K penonton, 3213 sukaan dan 173 komen.

Baca lagi: Reaksi Budak Lelaki ‘Pecut’ Dalam Pertandingan Larian, Tarik Perhatian Ramai

Baca lagi: Baru Balik Daripada ‘Cuci Darah’, Reaksi Lelaki Jalan Kaki Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak

Lihat klip durasi pendek reaksi lelaki ini tolak kerusi roda anak dalam pertandingan larian :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Shamsul Hisham: aku tabik sama kau Mael..kuat tempuh dugaan.Ayah yg kuat tetap membahagiakan anaknya

@Edayu7Shukz: allahuakhbar.. terbaik mael.. semoga allah merahmati keluarga mael

@cahayalensartmael: terima kasih shafiq, buat vedio ni…. memory teridah sya n anak, terima kasih mendoakkan sya n anak sya,…..

@Aril kru: Waktu ni walaupon seorang ayah tak kuat. Percaya lah, dia sehabis kuat

@nooradaaaaaaaaaa: Semoga pakcikku dan adik akak sentiasa sihat..sedih plk orng tgok

@mando mane: Seronok dia ya,bertuah ko dik Allah kurniakan seorang ayah yang penyayang dan penyabar serta bersyukur.

@Izhar: tahniah bang, terima kasih bang bg saya semangat jugak demia anak2

@Khairul: seorg ayah yg hebat..semoga Allah SWT merahmatinya

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram