Home Entertainment Red Balloon Kdrama Viral Yang Bikin Hati Panas

Red Balloon Kdrama Viral Yang Bikin Hati Panas

0

RED BALLOON merupakan drama Korea bersiri sebanyak 20 episod yang telah ditayangkan di Viu Malaysia pada 18 Disember lalu dan dijangkakan akan tamat tayangannya pada 27 Februari 2023.

Mengfokuskan empat karakter utama yang dibintangi oleh Seo Ji-hye, Lee Sung-jae, Hong Soo-Hyun dan Lee Sang-woo. Menariknya setiap karakter yang diperankan memiliki keinginan “terlarang” demi untuk memuaskan hati mereka yang terasa disakiti.

Kisah dimulakan dengan dua wanita yang berkawan baik sejak dibangku sekolah lagi tetapi masing-masing mempunyai perbezaan status dan latarbelakang dari segi keturunan keluarga, pendidikan, kerjaya, wang, cinta serta pasangan dan perkahwinan.

4206E846 51C9 4503 829C 06D544F7FD7F

Jo Eun-Gang (Seo Ji-Hye) berasal dari keluarga miskin yang terdiri daripada 3 orang adik beradik dan tinggal bersama ibubapanya. Eun-gang sejak berada di bangku sekolah sentiasa menjadi bayangan kepada sahabat baiknya iaitu Han Ba-da (Lee Sung-jae).

Walaupun demikian, Eun-gang mempunyai cita-cita untuk menjadi guru namun cita-citanya tidak tercapai dan akhirnya bekerja sebagai guru tuisyen mengajar dari rumah ke rumah. Selain ini, dia juga bekerja untuk Han Ba-da di sebuah butik barang perhiasan kemas sebagai pembantu.

Dari zahirnya, nampak Eun-gang ini seorang yang sangat tenang, suka merendah diri, ringan tulang, dan sentiasa terukir senyuman di wajahnya. Namun apa yang penonton tidak tahu adalah karakter Eun-gang sebenarnya lebih dari itu, dia yang nampak lembut dan bersahaja orangnya rupa-rupanya menyimpan rahsia di hati yang hanya diketahuinya seorang.

Rahsia hati itu hanya menunggu masa untuk dilepaskan dan bila tiba masa itu, Eun-gang pasti tidak akan memandang belakang lagi kerana dia akan melakukan apa sahaja demi mencapai keinginannya walaupun dia harus menyakiti dan mengkhianati sahabat baiknya Han Ba-da.

005BBB97 1C80 4181 BDBE A82A0D878122

Han Ba-Da (Hong Soo-Hyun), sahabat baik kepada Eun-gang yang berasal dari keluarga yang berada. Tidak berapa lama kemudian, setelah Han Ba-da sudah bekerja, keluarganya jatuh muflis.

Tetapi Han Ba-da tidak berputus asa dan berjaya menjadi seorang pereka dan memiliki sebuah butik menjual perhiasan barang kemas yang terkenal. Ba-da mempunyai seorang anak perempuan hasil dari perkahwinannya bersama Go Cha-Won (Lee Sang-Woo) tetapi hubungan Ba-da dengan ibu mertuanya tidaklah begitu baik.

023D330C BE71 402D 850C D9D01AE136A8

Go Cha-Won (Lee Sang-Woo) seorang pakar dermatologi dan suami kepada Han Ba-da yang membawa peranan sebagai seorang suami dan ayah mithali. Dari luarannya nampak dia seolah seorang yang mempunyai keluarga yang bahagia dan sempurna, sebenarnya Cha-won sendiri menyimpan rasa ketidakpuasan hati.

ini kerana dia harus menjadi pak turut kepada isterinya sendiri dan dia juga merasa tiada kebebasan untuk membuat pilihan kerjaya memandangkan terpaksa akur dengan kehendak ibubapanya.

82C84D9C DF62 48A5 B993 6251600B9D2B

Ji Nam-cheol (Lee Sung-Jae) berasal dari keluarga miskin dan berkahwin dengan kakak Go Cha-won yang sememangnya berasal dari keluarga kaya. Ji Nam-chol ini pula jenis yang lembut hati dan mudah terbawa-bawa dengan perasaan. Dia menjalankan perniagaan yang sebenarnya dimiliki oleh bapa mertuanya tetapi tidak memegang kuasa ke atas syarikat itu.

Watak Jim Nam-cheol ini lebih kasihan jika dibandingkan dengan adik iparnya Cha-won. Sudahlah ada isteri yang kerja hendak melawa dan berfoya-foya dengan ibunya ke sana ke sini sehingga keperluan dan kebajikan suami pun diabaikan. Hasil perkahwinan ini, mereka memiliki 2 orang anak yang masih bersekolah.

6A007F69 2882 4780 A0AB 7557A85F664A

Dan satu lagi watak penting jatuh kepada adik Jo Eun-gang iaitu Jo Eun-sang yang masih muda remaja dalam lingkungan 20an. Pada awalnya Eun-sang bekerja sebagai pembantu akauntan di syarikat bapa mertua Jim Nam-cheol tetapi akhirnya dia jatuh cinta dengan Jim Nam-cheol yang usia hampir sebaya bapanya sendiri.

Dari ringkasan watak pengenalan di atas, apa yang min ingin simpulkan pada akhirnya adalah drama makjang ini membawa tema tentang pengkhianatan, ketidaksetiaan, konflik jiwa dan perasaan sehinggalah berlakunya drama berkisar “Seorang perangai kawan makan kawan, seorang lagi jadi penyondol hendakkan suami orang!”

C8F9F564 2876 45AD A348 DE685DA8FDD1

F9A52B18 49CE 405D 9F0E BEAD26CA7637MEMANG BIKIN PANAS!!

Menarik? Jika anda alur cerita drama Red Balloon ini adalah kisah dan genre yang anda suka, maka ia adalah wajib untuk berada disenarai tontonan anda!

Baca Lagi: Filem Dan K-Drama Terbaik Lakonan Son Ye-jin

Baca Juga: 25 Kdrama Paling Top Di Netflix Sepanjang Zaman