Home News Rentetan Kes Dadah Lee Sun Kyun, Isteri Pengsan dan Pindahkan Anak Ke...

Rentetan Kes Dadah Lee Sun Kyun, Isteri Pengsan dan Pindahkan Anak Ke Luar Negara

0

Khabar mengejutkan tentang kes penyalahgunaan dadah yang menjerat Lee Sun Kyun masih hangat menjadi bualan ramai dan juga menjadi sorotan pihak media.

Kes dadah tersebut bukan hanya memberi kesan pada kerjayanya, skandal dadah pelakon tersebut juga memberi kesan sangat mendalam pada keluarganya sendiri.

Anak bongsu Lee Sun-kyun dikhabarkan berpindah ke luar negara untuk menyambung persekolahan di sana kerana bimbang terkena kesan buruk akibat kes dadah yang melibatkan Lee Sun-kyun.

Semak selengkapnya di bawah ini!

 

1. Lee Sun Kyun terlibat dengan kes dadah
Pihak

a4ed8d29 e1be 420a a3ec 6e3c7f470a10Polis Incheon telah menangkap Lee Sun-kyun atas kes penyalahgunaan dadah pada 24 Oktober 2023 yang lalu. Nampaknya beberapa buah projek filem dan kontrak iklan juga akhirnya terpaksa dibatalkan.

Lee Sun-kyun masih lagi menjalani prosedur siasatan. Beberapa nama besar artis disebut-sebut turut terseret dengan kes ini. Namun, hingga kini, pihak polis belum mendedahkan nama-nama lain yang disahkan terlibat dalam kes dadah tersebut.

 

2. Jeon Hye Jin menghantar anak keduanya ke luar negara

Jeon Hye JinJeon Hye Jin, pelakon wanita terkenal yang juga merupakan isteri kepada Lee Sun Kyun, dikhabarkan terus memindahkan anak keduanya untuk bersekolah di luar negara. Dipetik dari Ten Asia, perkara pertama yang dilakukan oleh Hye Jin sewaktu kes dadah suaminya didedahkan adalah mempersiapkan anak kedua mereka untuk berpindah ke Amerika Syarikat.

Pelakon jelita ini dikhabarkan takut dan bimbang jika kes yang menimpa suaminya ini akan memberi kesan buruk terhadap anak-anaknya. Turut memetik dari Maeil Newspaper, Hye Jin sangat terkejut sehingga pengsan sewaktu mengetahui khabar buruk tentang suaminya itu.

 

3. Anak bongsu Lee Sun Kyun menyusul abangnya yang bersekolah di Amerika Syarikat

Lee sun kyunAnak pertama Lee Sun Kyun dan Jeon Hye Jin memang diketahui sudah berada di Amerika Syarikat untuk bersekolah. Adiknya juga akan menyusul si abang ke negara Uncle Sam tersebut.

Hingga kini, belum ada kenyataan rasmi dari pihak Jeon Hye Jin berkaitan kes dadah yang mencemar imej Lee Sun-kyun tersebut. Ramai netizen mendoakan supaya Hye Jin supaya kuat semangat menghadapi cubaan yang menimpa keluarganya kini.

Baca lagi: Lee Sun Kyun Tampil untuk Soal Siasat Pada 28 Oktober, Minta Maaf kepada Orang Ramai
Baca juga: 10 Kdrama yang Dibintangi Lee Sun Kyun, Pelakon yang Terjerat Kes Dadah