Home Video ‘Request’ Pekerja Restoran Nyanyikan Lagu Sempena Hari Lahir Rakan, Sekali Lain Pula...

‘Request’ Pekerja Restoran Nyanyikan Lagu Sempena Hari Lahir Rakan, Sekali Lain Pula Yang Jadinya

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok hyninzri, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita menyambut hari lahir rakannya di sebuah restoran, namun sambutan itu pula membuatkan orang ramai terhibur selepas didatangi pekerja restoran tersebut sambil membawa kek yang dipesan oleh wanita ini besertakan ucapan hari lahir. Dikatakan kek itu beliau membuat pesanan dalam talian serta menulis beberapa ucapan hari jadi dan meminta pekerja restoran itu menyanyikan lagu untuk rakannya.

Situasi ini juga telah menjadi perhatian ramai dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen selepas melihat tulisan pada kek tersebut.

Screenshot 2023 10 22 151719
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada pelanggan yang cuba menyambut hari lahir salah seorang kenalan rapat ataupun keluarga di sebuah restoran selepas ucapan yang ditulis disalah erti oleh pekerja tersebut. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama, apabila pekerja restoran tidak faham dengan ‘konsep’ yang mereka inginkan.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 92.3K penonton, 4358 sukaan dan 154 komen.

Baca lagi: Sambut Hari Lahir Tanpa Arwah Abam, sekali Reaksi Fad Bocey Buat Ramai Sebak

Baca lagi: “Aik Binatang Apa Dia Tunggang Ni”-Kenderaan Pelik Ini Raih Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek reaksi mereka selepas lihat kek tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Kamal Ali: Happy birthday Diyana Sing Song. Ada kacuk korea ke? Sedap nama belakang tu

@BYCHEFIZA.ARENA RAUB PAHANG: Ya Allah dekahhhh, NUR SING SONG KE . Kedai pun ahahahahaha

@yaaaaayaa._: Wei aku kena dgn Baskin Robbins..happy birthday alia & lilin

@S.: pernah jadi waktu saya nk surprisekn adik,staff tu mai dkt meja kami ckp ‘kak,kek yg kak order tu nk bawa skrg ke?nak kami buka lagu bday skali x ?

@She loves food: Kat Singapore ader kedai name Sheng Siong. Mcm same tapi bukan, whatever it is, happy birthday sis

@Ajuwar: Wehh kalau aku pun aku tulis je sing song tu sekali mana la kita tau wakkk kadang tu ingat nama orang, selalu je jadi gitu

@tokey918kiss: try amalkan tambah perkataan ‘please’..mesti org tu paham..aku pon akan anggap sing song tu nama cina..

@Mizz Debiy: dia leh tulis &sing song tu mmg xle blah , pastu bawa xnyanyi le senyum cam hero remaja je dtg haha

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram