Dalam Kdrama Revenant, ramai penonton yang mula bimbang akan keselamatan Gu San Yeong (Kim Tae-ri). Roh jahat juga nampaknya mula bereaksi dan menyakiti dengan orang-orang di sekelilingnya, lagi-lagi ibu Gu San Yeong sendiri.
Dalam petikan after kredit Revenant episod ke-10 baru-baru ini, terdapat potongan adegan yang cukup menyakitkan tentang gambaran nasib ibu Gu San Yeong, Yoon Gyeong Mun (Park Ji Young) dalam episod seterusnya nanti. Penonton mengagak dia akan menjadi mangsa roh jahat yang seterusnya.
Jom kita lihat kronologi episod Revenant berikut ini. Pada pendapat anda, adakah dia akan menerima nasib yang sama dengan suaminya?
Perhatian, artikel ini mengandung spoiler.
1. Gu San Yeong mengambil insuran nyawa
Gu San Yeong tidak pernah mengingati kejadian ketika dia menandatangani polisi insuran nyawa yang didaftarkan atas nama ibunya, Yoon Gyeong Mun. Gu San Yeong tercatat sebagai satu-satunya waris atas pencairan dana insuran tersebut. Dana insuran tersebut adalah merupakan sebuah dana pampasan dengan nilai yang sangat besar. Gu San Yeong akan memperolehi duit dalam jumlah yang besar jika ibunya meninggal dunia kelak.
2. Lee Hong Sae menyatakan fakta tentang apa yang terjadi jika ibu Gu San Yeong meninggal dunia nanti
Lee Hong Sae (Hong Kyung) adalah orang pertama yang memberitahu Gu San Yeong mengenai fakta sebenarnya. Semalam, dia mendapat laporan dari seorang ejen insuran yang juga mengenali ayah Gu San Yeong, iaitu Gu Gang Mo (Jin Sun Kyu). Gu San Yeong nampak bersikap aneh dan mencurigakan pada waktu itu. Lee Hong Sae yang membawa salinan dokumen polisi, terus bergegas menemui Gu San Yeong untuk memastikan keadaannya. Dia mendapati San Yeong yang sedang kehilangan penglihatan yang semakin memburuk di rumah Hwawonjae.
3. Muncul tanda-tanda roh jahat mula memerhati ibu Gu San Yeong iaitu Yoon Gyeong Mun sebagai target
Roh jahat akan memberikan imbuhan berupa kekayaan yang melimpah ruah kepada orang yang ditumpanginya. Idea mengenai insuran nyawa adalah salah satu cara yang dilakukan roh jahat untuk Gu San Yeong. Mengetahuinya sahaja membuatkan Gu San Yeong merasa begitu bimbang dan histeria. Pada petikan selepas kredit episod ke-10, digambarkan Yoon Gyeong Mun sedang berteriak kepada Gu San Yeong. Dia menyuruh anaknya itu pergi dari kafe yang menjadi lokasi kejadian tersebut.
Sementara itu, pergelangan tangan Yoon Gyeong Mun mula muncul tanda luka berwarna merah. Gu San Yeong tidak dapat pergi meninggalkan ibunya yang sedang menghadapi bahaya.
Adakah nyawa Yoon Gyeong Mun dapat diselamatkan? Ramai penonton yang merasakan bahawa sangat mustahil untuk menyelamatkan nyawa Yoon Gyeong Mun. Namun, kehilangan ibunya boleh membuatkan Gu San Yeong semakin tekad untuk memusnahkan roh jahat tersebut.
Pastikan anda tidak terlepas dari menonton episod Revenant seterusnya minggu ini ya! Berbaki 2 episod sahaja lagi!