Drama siri seram supernatural iaitu Revenant menyajikan kisah seram yang penuh dengan cerita misteri di dalamnya.
Hingga episod ke-6, semua misteri sedikit demi sedikit mula terkuak dan terdedah, namun kejadian sebenarnya masih belum terungkap.
Selain misteri roh jahat yang merasuk Gu San Yeong (Kim Tae Ri), misteri keluarga Yeom Hae Sang (Oh Jung-se) juga belum lagi dapat dipecahkan.
Bagaimanakah situasi janggal dan aneh yang terjadi dalam keluarga Yeom Hae Sang? Jom sama-sama kita lihat penjelasan seperti berikut ini!
1. Hidup Yeom Hae Sang pada awal baik-baik sahaja, keluarganya hidup dengan cukup bahagia dan harmoni. Namun, semuanya berubah serta merta apabila ayahnya meninggal dunia
2. Baru sahaja selesai pengkebumian ayahnya, ibunya bergegas untuk membawa Yeom Hae Sang yang masih kecil pergi jauh ke sesuatu tempat yang tidak diketahui
3. Entah apa yang ditakutkan oleh ibunya ketika itu. Menakutkan apabila ibunya melakukan banyak perkara aneh seperti menanam barang misteri untuk menghindari dan mengelak tenaga negatif
4. Sayangnya, walaupun telah berusaha dan melakukan pelbagai ritual, ibu Yeom Hae Sang meninggal dunia kerana angkara roh jahat dengan menggantung diri. Yeom Hae Sang menyaksikan sendiri kematian ngeri ibunya
5. Semenjak kedua-dua orang tuanya meninggal dunia, Yeom Hae Sang hanya mempunyai seorang nenek yang mempunyai aura yang sangat dingin dan langsung tidak mesra. Dia biasa kelihatan menggayakan seutas kalung yang selalu dipakainya
6. Sewaktu Yeom Hae Sang bertanya tentang kematian ibunya, neneknya menjadi marah. Apabila Yeom Hae Sang mendedahkan bahawa dia boleh melihat hantu dan pelbagai roh, neneknya tidak terkejut sedikit pun
7. Neneknya juga masih menjadi sangat marah, sewaktu Yeom Hae Sang yang kini sudah dewasa kembali menemuinya untuk bertanya mengenai barang-barang yang dimiliki oleh ibunya dulu
Entah apakah yang sebenarnya terjadi kepada kedua-dua orang tua Yeom Hae Sang. Neneknya seperti tahu sesuatu, namun enggan mengatakan kebenarannya. Mungkinkah kematian ibu bapa Yeom Hae Sang adalah kerana mereka dijadikan korban ritual dalam diam? Atau mungkin ada kesalahan yang keluarganya pernah lakukan dahulu? Bagi anda yang tertanya-tanya, jangan lupa untuk menonton terus kisah misteri mereka dalam drama siri Revenant!