Lee Hong Sae (Hong Kyung) adalah salah satu karakter utama dalam drama siri Revenant. Dia lahir dari keluarga yang serba kekurangan. Untuk mengangkat darjat dan martabat orangtuanya, Lee Hong Sae bertekad untuk menyertai jabatan polis dengan harapan suatu masa nanti dia boleh menjadi komisioner termuda.
Lee Hong Sae mempunyai sifat yang suka bersaing dan juga pintar. Dia juga mendapat markah tertinggi semasa belajar di akademi polis. Namun, di kalangan rakan-rakan polis, Lee Hong Sae dianggap suka mengambil keputusan sendiri sewaktu menyelesaikan sesebuah kes.
Lee Hong Sae digandingkan dengan Seo Mun Chun (Kim Won Hae), detektif senior yang akan berpencen tidak lama lagi. Hubungan kedua-duanya sebagai rakan sepasukan selalu nampak seperti tegang kerana mereeka sering berbeza pendapat. Tapi lama kelamaan mereka berdua berjaya membentuk kerja sama yang erat dan boleh bergerak sebagai satu pasukan yang kuat.
Seo Mun Chun meminta Lee Hong Sae untuk menyiasat kes bunuh diri yang aneh. Sementara Lee Hong Sae ingin mengambil kes yang akan membuatkan dia boleh segera naik pangkat. Lee Hong Sae juga skeptikal tentang kewujudan hantu. Sejak Detektif Seo mati bunuh diri, perlahan-lahan Lee Hong Sae menjadi berubah.
Namun, apakah perkembangan sikap Lee Hong Sae? Jom sama-sama kita lihat perkembangan watak Lee Hong Sae dalam drama Revenant seperti dibawah ini:
1. Lee Hong Sae menjadi lebih fokus dalam menyelesaikan kes yang belum diselesaikan oleh Detektif Seo Mun Chun
2. Dia menggunakan sebaik-baik waktu, tenaga dan fikirannya untuk kes yang dianggap seperti angin lalu oleh polis lain, iaitu kes bunuh diri yang sedang disiasatnya
3. Dia sudah tidak peduli lagi dengan kenaikan pangkat. Bahkan, dia berani mengorbankan nyawa jika ditakdirkan nasibnya sama seperti seniornya
Baca juga: Revenant – 7 Misteri Yang Wajib Dirungkai Sebelum Episod Akhir
4. Pencariannya dimulakan dengan mengunjungi tempat yang dikunjungi oleh Detektif Seo sebelum meninggal dunia
5. Dia semakin sistematik dalam menyiasat kes bunuh diri tersebut. Berbagai-bagai persoalan dan pertanyaan muncul hanya untuk memecahkan misteri tersebut
6. Semangat pantang menyerah kalah dan tidak berputus asa sangat terlihat jelas di mata Lee Hong Sae. Detektif tersebut menikmati seharian penuh dengan kumpulan Junghyeon Capital
7. Mula-mula rasa skeptikal dengan kenyataan Yeom Hae Sang, kini dia menjadi watak yang tidak lagi menutup telinga malahan dia lebih peka. Perlahan-lahan, dia mula percaya tentang kewujudan roh tersebut
8. Dia mula mempercayai kewujudan roh ini apabila dia menghubungkan segala-galanya dengan peristiwa yang dilihatnya secara nyata. Dia juga menjadi akrab dengan Yeom Hae Sang
9. Dia juga lebih memahami apa yang dirasai oleh Gu San Yeong. Bahkan, dia boleh merasakan keperitan sewaktu Gu San Yeong dirasuk
10. Bukan hanya itu, dia adalah orang pertama yang tahu bahawa penglihatan Gu San Yeong terganggu sejak dirasuk roh tersebut
Kadang-kadang seseorang boleh berubah kerana kejadian yang menyakitkan yang berlaku ke atas diri mereka. Perkara itu juga terjadi kepada Lee Hong Sae dalam drama siri Revenant.