Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok sky_wanglama, dan telah ditular baru-baru ini.
Wang kertas RM1 tidak mempunyai nilai yang tinggi sehingga mencecah RM12,000 kecuali atas sebab-sebab numismatik (contohnya: solid numbers, wang gantian pertama dll). Walaubagaimanapun, jika wang kertas anda itu buruk, kotor dan berlipat jangan haraplah nak dapat harga RM12,000.
Namun lain pula kisah seorang lelaki ini yang menjadi pembeli duit lama. Dalam video klip ini menunjukkan di mana lelaki ini telah membeli wang kertas RM1 lama dengan harga RM2,500. Seorang lelaki ini dikatakan bekerja sebagai rider Grab, dan mendapat wang itu daripada salah seorang pelanggannya ketika membuat penghantaran makanan. Serta beliau memberikan lagi RM100 kerana rider tersebut telah menjadi pengikut beliau di aplikasi Tiktok.
Lihat klip durasi pendek dibawah:
@sky_wanglama Jual duit viral rm1🤩🤩 Rezeki dari customer‼️ #tiktokmalaysia #numismatik #collection #duit #wanglama ♬ original sound – Sky_Wanglama
Wang kertas 1 Ringgit yang bernilai tinggi yang dimaksudkan oleh warga numismatik adalah wang 1 Ringgit Aishah atau wang kertas ditandatangani oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-6, pemilik sebenar tandatangan yang dikatakan sebagai tandatangan Aishah.
Kalau ada yang beli dengan nilai yang tinggi, kira rezeki anda lah. Namun ada juga yang hanya ingin menyimpan duit lama sebagai koleksi di rumah.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 833.6K penonton, 52.5K sukaan dan 2011 komen.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok