Home News Rider Kemalangan Ketika Turun Bukit, Netizen Dinasihatkan Untuk Lebih Berhati-Hati

Rider Kemalangan Ketika Turun Bukit, Netizen Dinasihatkan Untuk Lebih Berhati-Hati

0

Kemalangan yang berlaku kadang kala bukan berpunca dari kita tetapi kerana orang lain yang menyebabkan kita turut terlibat dalam kemalangan.

Baru-baru ini tular sebuah rakaman dari seorang rider di mana dalam rakaman tersebut menunjukkan situasi seorang rider di sebelahnya yang terlanggar kereta di hadapan ketika sedang menuruni bukit. Perlanggaran dan hentakan yang dilihat agak kuat sehingga menyebabkan rider tersebut terjatuh. Ramai yang mengatakan bahawa rider tersebut menggunakan 100% brek dan tidak menggunakan enjin brek yang menyebabkan punca rider tersebut tidak dapat menghentikan motornya dan bonggol di hadapan mungkin menjadi salah satu punca kemalangan tersebut.

“100% guna brake, tak guna engine braking. Brake jadi kosong terus tu”

“brake dlm keadaan suhu tggi..mgkin rider gune brake 100% dia tak gune engine braking..brake pns auto brake jd kosong..pkir yg baik sahaja”

“tak perasan bonggol kot..aku prnh jgk tak smpat nk break langgar je la bonggol hbis mlompat aku ngn adik aku..dh lh ramai org malu siot”

Tidak kurang juga ramai yang menasihati para pemandu terutama penunggang motosikal untuk berhati-hati ketika menuruni bukit.

“allahuakhbar…elok2 la..turun bukit jgn laju2..nk kejar ape”

Baca juga : “Sakit Tu,Terus Bangun”-Rakaman Rider Motor Yg Terus Bangun Lepas Jatuh Tarik Perhatian Netizen

Baca juga : Rakaman Lelaki Kemalangan Tapi Tiada Siapa Mendekati, Rupanya Sebab Ini

Lihat klip rakaman di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@George Ezra : mgkin sebab pakai caliper brembo jual longgok…dh elok2 kilang bg nissin, nk juga masuk brembo longgok

@MAD : Tengok dari cermin mmg dia nak tunjuk potong tang kona..tapi tersodok

@Pakcik_spoon : Allahu kesiannye..kenapa laju samgat..moga dipermudahkan

@muhammad afiq aiman : dia mcm ni,apa brake skali pon blh je guna,tp ada cara,klau aku,setiap kali bwk moto aku akan ltk satu jari atas brake lever,so kt sini

@iQwan aImI : bagi brek ori mahal mana pun klo kelajuan dengan berat moto x kena, maka momentum dan ekosistem serta audio sistem xkn membantu,mmg xberhenti.

@Ady85 : tu aku X suke pakai Tayar sotong ni…

@izwanmeru : die tak jangke kereta brek sbd ada bonggol agak ny ..tp mmng die laju

@PotTeR : itu bila sudah hilang kawalan.. bonggol2..zibra2.. cuaca lembab ..semua jejas brek dan tayar

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram