Home Artis Korea Rindu Dr Cha? Tonton 7 Kdrama yang Dibintangi Pelakon-Pelakon Drama Tersebut pada...

Rindu Dr Cha? Tonton 7 Kdrama yang Dibintangi Pelakon-Pelakon Drama Tersebut pada Tahun Ini

0

Drama Korea popular yang sangat meletup pada tahun lepas iaitu Doctor Cha (2023) telah berjaya menghiburkan para penonton selama tempoh drama tersebut ditayangkan.

Kdrama ini terus mencatat perolehan rating tinggi dari episod ke episod, bahkan mencapai angka 18.5 peratus pada episod akhirnya yang memang ditunggu ramai pada waktu itu.

Bukan hanya menampilkan jalan cerita yang sangat menarik, Kdrama ini juga dibintangi oleh barisan pelakon yang berbakat besar dan sangat terkenal. Beberapa orang dari mereka juga terus dibanjiri dengan tawaran projek-projek popular pada tahun ini.

Daripada terus tertanya-tanya, mari sama-sama kita lihat senarai pelakon Doctor Cha yang membuat kemunculan dalam Kdrama pada tahun 2024 ini.

 

 

920516fd ae85 41a4 90fc 111dc3574734
1. Myung Se Bin telah berjaya membuatkan para penonton geram dan sakit hati dengan lakonannya sebagai antagonis iaitu Min Soo Ryeon dalam Kdrama Missing Crown Prince

 

 

 

be7a836e c322 482f ba83 402d8f285d40
2. Song Ji Ho menjadi abang kepada Kim Hye Yoon dalam Kdrama Lovely Runner. Dia membawa watak sebagai Lim Geum dengan watak kelakar dan bersahajanya

 

 

 

694a8bc1 91c5 4e47 84c1 e89163577a44
3. Kim Mi Kyung membintangi Welcome to Samdalri, Tell Me That You Love Me, Death’s Game, dan juga Knight Flower pada awal tahun 2024, murah rezeki bukan?

 

 

 

3966b610 02dd 4653 8ebf 10e5a1e6196e
4. Selain itu Baek Jo Hee juga dibanjiri banyak tawaran. Pelakon ini membintangi Goodbye Earth, Frankly Speaking, dan Dreaming of a Freaking Fairytale

 

 

 

1a03d853 e0bd 49a2 8601 05c094555e35
5. Projek terbaru Jo A Ram baru sahaja ke udara. Pelakon ini membawa watak sebagai seorang juru audit yang bernama Yoon Seo Jin dalam Kdrama terbaru The Auditors

 

 

 

Kdrama
6. Pelakon lelaki senior iaitu Park Chul Min muncul dalam drama The Brave Yong Su Jeong, Dreaming of a Freaking Fairytale, dan juga My Sweet Mobster

 

 

Pelakon
7. Kim Byung Choon membawa watak sebagai polis yang sangat rasuah dalam drama Flex x Cop dan membawa watak sebagai Kim Chil Bok dalam Dare to Love Me

Semua drama di atas tersebut adalah cadangan tontonan untuk anda mengisi masa lapang anda. Tambahan pula, penampilan pelakon-pelakon hebat di atas dapat mengubati kerinduan anda terhadap drama Doctor Cha. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Suka The Auditors? 9 Kdrama Ini Bawa Tema Yang Sama
Baca juga: Rain Sebagai Orang Ketiga dalam “Red Swan”, Tonton 7 Kdrama Popular Lakonannya