Home Artis Korea Rindu Missing Crown Prince? Ini 3 Kdrama akan Datang yang Dibintangi Pelakon...

Rindu Missing Crown Prince? Ini 3 Kdrama akan Datang yang Dibintangi Pelakon Drama Tersebut

0

Episod terakhir Kdrama sageuk Missing Crown Prince telah ditayangkan pada 16 Jun 2024. Kini, para pelakon drama tersebut bakal muncul dalam projek drama Korea seterusnya yang mempunyai jalan cerita yang juga menarik dan dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat lain.

Hong Ye Ji dan Choi Joo Hyeon yang tampil memukau dalam Kdrama Missing Crown Prince, disahkan akan kembali muncul dalam dua drama Korea terbaru yang bakal ditayangkan. Mari sama-sama kita lihat senarai di bawah ini.

 

1. Summer Vacation

KdramaHong Ye Ji yang membawa watak sebagai Choi Myung Yoon dalam drama Korea Missing Crown Prince, akan menjadi pelakon pembantu dalam drama Korea akan datang berjudul Summer Vacation. Dia akan bergandingan dengan Cho Yi Hyun, Jung Jin Young, dan Ryu Hae Jun. Summer Vacation dikhabarkan telah memulakan proses penggambaran dan akan ditayangkan di platform streaming.

Dalam drama Korea ini, Hong Ye Ji akan membawa watak Sung Sang Ryeong. Jalan cerita drama akan datang ini mengisahkan tentang seorang pelajar berusia 18 tahun yang bernama Kim Ha Yeon (Cho Yi Hyun). Dia mengalami pengembaraan misteri semasa bercuti di musim panas.

Baca juga: Roh Jeong Eui Akan Muncul dalam 3 Kdrama Baru

2. The Blue House Family

d4c6f948 4b1a 4b88 b794 b930041dc01fHong Ye Ji juga disahkan akan berlakon dalam drama akan datang yang berjudul The Blue House Family. Drama Korea tersebut diarahkan oleh Lee Chul Ha, manakala skripnya ditulis oleh Ahn Sang Hui dan Kim Min Suk. Pelakon utamanya adalah pelakon-pelakon senior seperti Cha In Pyo, Ye Jin Won, Jung Woong In, dan lain-lain.

Jalan cerita The Blue House Family adalah sitkom yang menceritakan tentang kehidupan penghuni-penghuni istana presiden dan ahli politik. Dalam drama tersebut, Hong Ye Ji membawa watak sebagai Ma Yoon Ah yang merupakan kekasih kepada anak presiden. Drama Korea The Blue House Family dikhabarkan akan mengandungi 10 episod dengan durasi setiap episod 30 minit.

Baca lagi: 11 Kdrama 2024 Tampilkan Kisah Rancangan Rapi Balas Dendam

3. When the Stars Gossip

38b9fbb8 bef8 4b06 9776 f17eda557a5bKim Joo Heon yang membawa watak sebagai Choi Sang Rok dalam drama Korea Missing Crown Prince, disahkan akan turut membintangi drama Korea akan datang yang berjudul When the Stars Gossip. Drama Korea bergenre komedi romantik tersebut dibintangi oleh Lee Min Ho, Gong Hyo Jin, Han Ji Eun, dan Oh Jung Se.

Drama Korea When the Stars Gossip digarap oleh pengarah Park Shin Woo dan penulis skrip Seo Sook Hyang. Menceritakan tentang perjalanan kisah cinta antara seorang angkasawan wanita dan seorang pelancong yang juga merupakan pakar sakit puan. Mereka bertemu dalam projek destinasi ke luar angkasa. Penggambaran drama ini telah selesai pada bulan April 2023 yang lalu.

Tiga Kdrama di atas memang sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat. Selain itu, Suho EXO yang juga merupakan pelakon utama untuk drama Missing Crown Prince, baru sahaja membuat kemunculan dalam industri muzik dengan melancarkan lagu solo berjudul “점선면 (1 to 3)”.

Baca lagi: Episod Awal Miss Night and Day Tampilkan Kejutan, Watak Utama Berubah Rupa Apabila Matahari Terbit
Baca juga: Boleh Terus Binge Watching, 11 Kdrama ini Tamat Pada Bulan Jun 2024
Baca lagi: Missing Crown Prince Tampilkan Pengakhiran Bahagia, Anda Suka Drama Ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here