Baru-baru ini, video Park Bom membuat persembahan di sebuah konsert, telah mencetuskan kegusaran buat peminat fanatik bintang 2NE1 tersebut.
Park Bom telah menghadiri ‘2022 POPSTIVAL’ di Filipina baru-baru ini dan menyanyikan beberapa buah lagu seperti ‘Fire’, ‘Spring’, ‘4:44’, ‘Dont Cry’ & ‘You&I’. Rata-rata peminat kelihatan sangat teruja dan gembira dengan persembahan oleh bintang terkemuka tersebut namun keadaan terkini, merujuk kepada saiz badan Park Bom telah mencetuskan kegusaran buat peminat beliau.
https://gfycat.com/thoseclevergazelle
Bekas wartawan hiburan yang kini bergelar Youtuber, Lee Jin Ho menjelaskan berkaitan perkara tersebut dalam sebuah hantaran di laman Youtube miliknya pada 24 Oktober, yang Park Bom telah didiagnosis menghidap penyakit, Attention Deficit Disorder (ADD) yang menyebabkan beliau tidak mampu mengawal habit pemakanan nya walaupun ketika itu Park Bom merupakan bintang 2NE1 yang bernaung di bawah YG Entertainment.
Youtuber itu turut mengulas, “Saya pernah bertanya kepada YG Entertainment sendiri dan mereka turut mengakui sukar untuk mengawal Park Bom. Terutama ketika stress, Park Bom akan makan apa sahaja yang diingini dan itu sangat sukar untuk dia menjaga berat badan. Tidak hanya berat badan, Park Bom juga seorang yang tidak kisah akan fesyen yang digayakan oleh nya.”
Lee Jin Ho turut menzahirkan rasa risau dan menjelaskan, “Berat badan Park Bom telah mendadak naik selepas kemunculan nya pada Julai dan Ogos. Ramai yang risau akan keadaan beliau yang mungkin menghadapi masalah yang mencetuskan rasa stress buat dirinya.”
Peminat turut risau dan memberi komen,
“Walaupun saya suka atau tidak padanya, tetapi saya amat risau.”
“Nampak macam berat sangat tu, mendadak naik dalam masa yang singkat.”
“Saya rasa ada yang tak kena dengan berat badan nya.”
“Saya dengar yang siapa yang ambik ubat psikiatri, akan mendadak naik berat badan…Saya amat khuatir.”
“Saya rasa dia ada masalah kesihatan la!”
Bagi menjawab persoalan yang bermain di minda rata-rata netizen, agensi Park Bom telah memberi respons, “Dia tidak mempunyai masalah kesihatan. Dia hanya naik berat kerana sudah lama tidak aktif. Dia sekarang sedang mengamalkan diet.”
Park Bom telah mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11kg pada tahun lalu. Park Bom menjelaskan, “Bukan senang nak diet kalau menghidap ADD ni, tetapi saya gembira dengan pencapaian diri saya. Saya tidak lagi bergantung kepada ubat dan bertambah sihat.”
Sumber: Allkpop
Baca artikel terdahulu: Jin BTS ‘Bawa Diri’ Ke Argentina