Orang gila Tampin buat lelaki ini jadi kaya, RM50 bertukar jadi RM50,000 sekelip mata, ini kisahnya. Masa aku post “siapa nak tahu bagaimana rm50 bertukar menjadi rm50k dalam 1 malam, ramai yang PM tanya, macam mana nak jadikan 50 ke 50k!
Tersembur air kopi aku. Korang hadamkan kisah samad ini.
Yang botak ini namanya Samad, di Tampin semua orang mungkin kenal samad, samad boleh di kategorikan sebagai tidak normal. Gila, bersurat.
Menari depan orang ramai memang hobi samad, pau orang duit pon hobi dia.
Nama best, samad khan. Gila sebab accident, katanya dulu suka berjudi, tapi katanya lagi, Allah sayang dia, sebab tu Allah tarik nikmatnya, Allah kasi dia jadi gila.
Itu katanya.
Jadi apa kisahnya?
Samad suka mintak orang duit, harini aku nak bercerita bukan cerita yang aku ni banyak duit ke pemurah ke, cuma aku nak semua pandang dari sudut lain.
Pada tahun 2011 kalau tak silap, aku sibuk dengan tugasan ambil gambar orang kahwin, ada sekali tu aku keluar rumah awal, jam 6.50 pagi
Aku ke bank cimb, sedang aku beratur nak keluar duit, ternampak samad masuk, dia terus melulu pergi ke seorang pakcik yang berketayap berkain pelekat berbaju melayu, mungkin pakcik tu baru balik masjid.
Samad : cik, nak dua ringgit!?
Pakcik : kau tubuh badan sihat! Kojo la! Mintak mintak orang pulak! (dengan nada menengking)
Aku terus geram, terus aku cakap kat pakcik tu :
Pakcik, kalau tak nak bagi tak payah tengking2, kan orang tu gila! Siapa nak ambil kerja!
Aku hulur rm10 aku pun blah!
ORANG GILA TIADA HIJAB.
Aku selalu dengar, orang gila ni kalau doa tak da hijab! Samad pun selalu cakap.
Samad yang gila cakap, orang gila tak yah sembahyang, orang gila ni tak boleh berfikir dengan betul.
Samad kalau jumpa aku dia selalu jerit,
Baca lagi: Kerani Gaji RM3,000 Miliki Kereta Rolls-Royce Phantom RM6 Juta, Ini Sebab Ramai Tertanya-Tanya
Baca lagi: Kenapa Golongan T20 Tinggal Di Rumah PPR? Ini Sebabnya
ORANG KAYA! ORANG KAYA!
Dulu aku rasa semacam jugak, pernah aku marah dia panggil macam tu, tapi sekarang aku selalu suruh dia panggil aku ‘orang kaya’.
Nak dijadikan cerita,
Aku baru balik dari KL hantar stok yang bernilai 10k, sampai sahaja di tampin, aku minum di kedai mamak ini, datang lah samad dengan jeritan orang kaya nya! Dah lah kedai penuh waktu tu semua orang pandang! Damn!
Aku terus suruh samad duduk, suruh dia makan supaya dia diam, kalau tak dia akan membebel.
Sementara dia tunggu makananya dia pun bersuara :
Samad : bang, kau bagi den 50 insyallah Allah makbulkan doakan kau dalam sekelip mata, 3 hari lepas ada orang bagi aku 50 harini dapat kontrak plantation.
Aku :kau jangan ugut aku mad!
Aku pun bagi, sebab samad memang selalu dapat, kalau tak bagi rasa bersalah kat diri sendiri.
Samad pun tanya,
Samad : kau nak apa bang? Aku doa tak ada hijab!
(dia ugut aku lagi)
Aku pun bagitau lah apa yang aku nak.. Ceh..
Memang ajaib. Kuasa Allah, siapa boleh tau!
Lepas aku bagi samad 50, aku dapat call. Tolong hantar barang sekarang boleh, saya nak 5k unit. Aku terkejut!
Hantar sekarang, besok saya tak ada. Cash ready!
(pukul 1 pagi tu)
Doa samad di dengari. Sejak dari haritu setiap hari order memang banyak, sampai terputus stok. France, Taiwan, Dubai, UK, Hongkong, Thailand pun pukul sekali!
Bertapa besar nikmat sedekah, dan bertapa mulianya orang istimewa ini berbanding kita.
Sedekah Membuat Kaya
Harini ramai orang biadap dengan orang gila, orang gila ni gila. Kau jangan lebih dari orang gila.
Semenjak aku ada lebih, Allah selalu hantar orang orang gila, gelandangan, orang susah, dan ramai lagi jenis jenis orang jumpa aku. Walhal masa aku memang tak punya apa apa dulu tak da pulak. Selalu aku terdetik,
Bukan saja saja Allah hantar ni, Allah nak uji.
Samad ada pesan.
Doa paling makbul bukan doa aku, doa mak kau. Dapat 300k bagi mak 10k, (samad sembang mmg ratus ratus juta) biar mak seronok, doa mak yang paling makbul tau.
Apa pun syukur Allhamdulillah, bak kata samad semunya dengan izin Allah.
Ya, Allah punya kerja, samad tiada apa apa pun.
Ayuh, kita bersedekah, bukan kerana kita banyak duit, tapi kerana sedekah penyuci harta.
Aku bukan nak berlagak apatah lagi riak, bukan kah benda yang baik harus di kongsi?
Mohon kongsikan perkongsian ini jika anda rasa ianya bermanfaat.
Sumber: Berita Harian
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.