Home News RM70 Bilion Harta Pusaka Dibekukan Akibat Perbalahan Antara Keluarga, Lelaki Ini Dedah...

RM70 Bilion Harta Pusaka Dibekukan Akibat Perbalahan Antara Keluarga, Lelaki Ini Dedah Punca Yang Sering Berlaku

0

Perbalahan dalam kalngan ahli keluaga dan waris ramai antara punca harta pusaka berjumlah RM70 bilion di negara ini masih dibekukan.

Timbalan Setiausaha (Operasi) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Norzaihan Mohd Zain mengatakan punca lain menjadi penyumbang kepada harta pusaka beku seperti ketidakfahaman masyarakat mengenai kaedah dan prosedur pengurusan.

Dikatakan amat penting umat Islam mengetahui kepentingan pengurusan harta berlandaskan syariah yang lebih sistematik.

“MAIS menyediakan perkhidmatan perancangan dan pewarisan harta seperti wasiat, hibah dan harta pusaka”

Baca lagi: Dosa Besar Makan Harta Anak Yatim

Baca lagi: “Serba Tak Kena Pula Bila Ada Papan Tanda Mcmtu”-Papan Tanda Di Tempat Kerja Ini Buat Ramai Terhibur

Screenshot 2023 08 22 210737
(Gambar hiasan)

Lihat juga video klip dibawah:

“Saya berharap kita dapat menggunakan platform MAIS melaksanakan pengurusan harta bagi mengelakkan masalah berkaitan pertelagahan dan ketidakfahaman dan seterusnya mengharmonikan lagi sesebuah institusi kekeluargaan”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Harta Pusaka dan Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada hari Isnin yang lalu.

Norzaihan menyatakan, negeri Selangor telah menjadi peneraju dalam memperkenalkan undang-undang berkaitan harta orang Islam misalnya Enakmen Wakaf Negeri Selangor 1999 yang telah dipinda pada tahun 2015 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 yang kemudiannya diikuti oleh negeri-negeri lain.

Jelas beliau, setakat ini lebih 3,000 surat wasiat dan 2,500 dokumen hibah telah dikenalikan MAIS sejak 2006. Tambahannya, MAIS juga telah mengendalikan lebih 1,500 fail harta pusaka yang terletak hak ke atas Baitulmal sejak tahun 1970 hingga kini.

“Angka ini menunjukkan MAIS komited dalam pengurusan harta umat Islam khususnya di negeri ini”

Dalam pada itu, katanya MAIS akan mengadakan bulan faraid di negeri ini selama sebulan bermula 18 Ogos lalu.

“Program ini berlangsung sehingga 15 September depan dan diharapkan lebih ramai lagi masyarakat Islam cakna dan mempunyai ilmu dalam pengurusan harta”

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang