Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Romance in The House Makin Diminati Ramai, 7 Kdrama Romcom Ini Ada...

Romance in The House Makin Diminati Ramai, 7 Kdrama Romcom Ini Ada Kisah Hampir Sama

0

Romance in the House merupakan drama Korea romantik komedi terbaru dari JTBC. Kisah drama ini fokus pada seorang bapa yang kini menjadi kaya raya dan ingin rujuk dengan bekas isterinya yang telah lama ditinggalkan, tapi niatnya terhalang oleh restu dari anak mereka.

Anak perempuannya juga mempunyai kisah cinta dengan anak lelaki keluarga chaebol yang menyembunyikan identiti sebenarnya.

Drama Korea yang dibintangi oleh Ji Jin Hee, Kim Ji Soo, Son Na Eun, dan Minho SHINee ini mempunyai jalinan cerita yang lucu dan juga romantik.

Buat anda para penonton setia Romance in the House, drama-drama Korea romcom di bawah ini juga boleh anda masukkan ke dalam watchlist anda. Semua drama ini mempunyai vibe yang hampir sama dengan drama Korea Romance in the House!

Romance in the house1. When the Camellia Blooms (2019) mengisahkan tentang ibu tunggal yang menghadapi banyak kesukaran termasuk dalam soal cinta, seperti kisah Geum Ae Yeon

 

IMG 9313

2. Kisah cinta Byeon Mi Rae dan Nam Tae Pyeong sama seperti kisah dalam Cinderella at 2AM (2024), kisah tentang pekerja biasa yang mempunyai jodoh dengan anak lelaki CEO yang menyamar sebagai pekerja syarikat

 

 

c340046c f0a4 4256 ab0e 8274c22946e53. Selain kisah romantik, cerita tentang ibu tunggal dengan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki bongsu dalam Romance in the House juga anda boleh saksikan dalam drama Doctor Slump (2024)

 

 

7a9f6d3d 54d7 4396 9259 eacd180269414. Dalam Was It Love? (2020), watak utamanya merupakan ibu tunggal yang disukai oleh beberapa orang lelaki. Salah seorang dari mereka adalah lelaki yang juga merupakan bapa kepada anaknya

 

6f9e2958 6134 4af0 88d6 021ad8e8c25f

5. Kisah cinta ibu tunggal dan ayah kepada anaknya juga merupakan plot dalam drama Not Others (2023), terdapat juga babak dimana anak mereka pernah menolak untuk memberi restu atas hubungan ibu bapanya sendiri

 

f74e2397 f925 4d44 bf9e 08dab9eff5c6

6. Sama seperti Nam Tae Pyeong, watak lelaki dalam Revolutionary Love (2017) juga menyembunyikan identiti sebagai anggota keluarga chaebol dan memilih untuk hidup sederhana

 

Kdrama

7. Drama Korea romcom bertemakan bekas pasangan suami isteri yang bertemu kembali setelah bercerai yang menyaksikan lelaki kini menjadi kaya juga merupakan plot utama untuk drama Cunning Single Lady (2014)

Kisah anggota keluarga chaebol yang berpura-pura miskin dan cerita pasangan suami isteri yang akan rujuk selepas bercerai merupakan siri plot yang serupa dalam senarai drama-drama Korea di atas. Anda boleh menonton drama-drama yang dicadangkan sambil menunggu episod baru Romance in the House yang ditayangkan setiap hari Sabtu dan Ahad. Selamat menonton!

Baca lagi: Kdrama Baru Romance in the House Berbaloi untuk Ditonton atau Tidak?
Baca juga: 4 Sebab Kdrama Thriller Misteri “Black Out”, Harus Ditonton