Selepas dua tahun, BLACKPINK akhirnya kembali ke studio sebagai satu kumpulan dan sedang mempersiapkan diri mereka untuk menguasai dunia K-Pop.
Pada 31 Julai yang lepas, YG Entertainment telah mengeluarkan satu teaser untuk mengumumkan pelancaran album terbaru mereka iaitu “Born Pink”.
Angkat tangan korang jika korang pun tidak sabar untuk melihat apa yang mereka sediakan untuk kita kali ini!
Tetapi sebelum itu, korang tahu tak bahawa Lisa dan Rosé telah mendedahkan spoiler mengenai album itu beberapa minggu yang lalu apabila mereka sedang LIVE bersama?
Lisa dan Rose telah LIVE dan bersembang bersama peminat mereka dan Rose menunjukkan kehebatannya dalam memasak, Lisa kemudian tidak sengaja telah mendedahkan spoiler tentang album mereka tanpa ada sesiapa pun yang perasan.
Baca lagi: Berapa Banyak Bayaran Yang Diterima Park Eun Bin Selepas Kejayaan “Extraordinary Attorney Woo”?
the fact that lisa cannot lie for shit and is always the most panicky when it comes to giving spoilers yet she was the one who basically gave away the name of the album and we had no clue about it 😭😭pic.twitter.com/JR55zf7OBR
— manz (@holdmyyadom) July 31, 2022
“Anda dilahirkan (Born) untuk menjadi Blackpink, ayuh!” rapper itu dengan santai menyatakan hal itu.
Dan walaupun ia kelihatan seperti perkara normal sahaja pada ketika itu, baru sekarang kita sedar bahawa dia sebenarnya sedang memberi ‘hint’ tentang album baharu mereka iaitu “Born Pink”.
“Ya. BLACK… apa?” Rosé yang terkejut dengan keadaan itu kemudian bertanya dengan senyuman licik di wajahnya manakala Lisa terus menjelaskan bahawa dia berkata ‘Blackpink.’
Tidak mengapa, Lisa, tiada siapa pun yang perasan tentang petunjuk itu pada masa tu! Tak sabar nak tunggu lagu baharu mereka!
Sumber: [1]