Sebuah rumah dua tingkat menghalang jalan di Pekan Dong Trieu, Wilayah Quang Ninh, selepas pemiliknya enggan berpindah rentetan projek pembinaan jalan baharu.
(Sebuah rumah menempati dua pertiga jalan di Wilayah Quang Ninh, hanya meninggalkan ruang yang cukup untuk sebuah kereta dilalui) – Foto oleh VnExpress/Le Tan
Baca Lagi: Malaysia Berada Di Tempat Ke 79 Negara Paling Bahagia Di Dunia
Pada 2021, pihak berkuasa Dong Trieu di wilayah utara mengumumkan mereka akan menempatkan semula 151 keluarga untuk membina jalan yang menghubungkan kawasan perumahan dengan jalan lain.
Rumah Nguyen Thi Luyen berada dalam senarai rumah yang dijadualkan untuk dirobohkan, dan keluarganya akan dipindahkan selaras dengan rancangan itu.
Jalan itu kini telah siap. Ia membentang 2.3 kilometer panjang dan tujuh meter lebar, tetapi sebahagian lain di sepanjang 14 meter masih belum disiapkan kerana rumah Luyen menjadi penghalang untuk meneruskan pembinaan jalan disitu.
Rumah itu menduduki dua pertiga jalan, hanya meninggalkan ruang sebanyak dua meter lebar untuk lalu lintas.
(Rumah Nguyen Thi Luyen berdiri di tengah jalan di Bandar Dong Trieu di Wilayah Quang Ninh, Mac 2023) – Foto oleh VnExpress/Le Tan
Pelan pampasan yang diluluskan oleh Dong Trieu pada 2021 berkata keluarga Luyen akan diberi pampasan VND4 bilion (AS$169,558) dan dipindahkan ke plot di Lebuhraya Nasional 1.
Bagaimanapun, rancangan itu kemudiannya diubah supaya keluarga itu dipindahkan ke plot lain yang jauh dari jalan-jalan utama.
Luyen menolak tawaran baharu itu dan meminta plot lain di jalan baharu itu. Plot itu berharga VND14 juta (AS$592.87) setiap meter persegi, manakala rumah Luyen berharga VND8.7 juta setiap meter persegi.
“Ini bermakna keluarga Luyen mesti membayar perbezaannya, tetapi mereka tidak bersetuju.
Sementara itu, pihak berkuasa tidak mempunyai sebarang alasan untuk memaksa mereka pergi,” kata Le Van Do, timbalan pengerusi Bandar Dong Trieu.
Luyen, 65, berkata keluarganya yang terdiri daripada daripada 11 ahli sedar tentang bahaya tinggal di rumah di tengah jalan.
“Kami memang mahu berpindah, tetapi kami tidak berpuas hati dengan pampasan yang ditawarkan oleh pihak berkuasa.”
Pekan Dong Trieu akan terus berunding dengan keluarga Luyen untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu.
Baca Juga: 8 Aktor Ini Belum Pernah Berlakon Genre Jenayah-Thriller