Mereka yang betul-betul terdesak pastinya sanggup meminjam wang dari ahlong. Tindakan meminjam wang dari ahlong merupakan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh melibatkan nyawa seseorang itu. Namun berbeza pula cerita kali ini apabila ahlong tersilap sasaran.
Menerusi video yang tular di tiktok @meycuukaadinie, dapat dilihat sebuah rumah yang teruk disimbah dengan cat merah. Namun rupanya ahlong tersebut tersilap rumah memandangakn penyewa lama sudah berpindah ke tempat lain. Situasi itu telah membuatkan penyewa rumah yang sekarang berasa takut dengan kejadian tersebut dan membuat video menjelaskan perkara yang sebenar bagi membersihkan nama dia semula.
Assalamuaalaikum KPS..
Kejadian ni baru pertama kali kami alami
Hampir tak brnafas dibuatnya..
kami baru brpindah di villa impiana tps ni bulan mei lalu.. rumah kami disimbah cat minyak di kunci gate dan di lekatkan surat ugutan seperti yang saya lampirkan.. kepada ALONG yang simbah and ada mslh dgn penghutang sprti nama di atas ingin sy maklumkan kamu TERSALAH ORANG SEBB ORG YG KAMU CARi ITU ADALAH PeNYEWA LAMA RUMAH NI. KAMI CUMA PENYEWA BARU n TIADA KNE MGENE NGAN ORG YG KAMU CARI..
kenapa kami jadi mangsa shingga kami hidup dim ketakutan ( kpd yang mgenali penama trsebut tIg slesai kn msIh kamu jgn la libatkn nyawa org lain yg tak brslh.. Kami ni perantau mncari rezeki d tmpt org kami tak sanggup hidup ketakutan walhal bukan salah kami..
Rupanya ramai yang pernah melalui pengalaman yang sama di mana rumah yang disewa turut menjadi mangsa ahlong.
“sama kes dgn kawan saya, dia pun baru pindah ahlong bakar kereta dia. kesian sgt dalah baru menyewa. terus dia cari rumah lain.”
“sy pun pernah alami. beli rmh, tp x tau owner lama rmh ada mslh dgn along. baru setahun pindah dah ada srt ugutan nak bkr rmh.”
“my mom pernah kena call byk kali dgn ahlong sampai ugut2. sbb baru tukar no. owner lama no phone tu tak bayar agaknya. semoga selamat selalu”
Baca juga : Rumah Teruk Disimbah Cat Merah, Ahlong Ini Dicari Kerana Simbah Cat Di Kampungnya
Baca juga : Minta Anak Buat Loan RM200,000 Untuk Renovate Rumah, Selepas Terima Notis Bankrap Tak Sangka Ini Respon Ibu Bapanya
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@wan : Minta ganti balik Sama ahlong tu…..
@CikTiEhaa OFFICIAL : kadang ahlong ni owner simkad lama buat hal pun kita owner baru pun kena tempias . dah ade ic alamat situ g lah cari buatpe chat2 lagi .
@EllyF : aduii nahh ton,bahaya ni. bgus pindah tmpt sewa lain ton. semoga dipermudah kn urusan kmu ton
@Nur Asma Diyana : teringat plak msa duk cheras. dia simbah cat kat rumah jiran. tp kami plak yg kena. hbis lantai dan pintu. kdng2 dgr orng gegar pgar besi.
@_ankbongsu : Mungkin sebelum tu peminjam duduk sewa sini kan. Kesiannya. Kalau aku dah ketakutan biarpun bukan aku yang pinjam
@memeoi : baik sis cari tempat selamat.. nanti kalau sis duduk sana makin menjadi lah nanti tu along ugut² orang sembarangan walaupun bukan sis pinjam
@Elpi : Tu kreta klo xdapat claim apa2..bleh cuci sendiri pkai tiner slow2 lap bilas shampoo kreta jgn buang modal p kedai..aku pernah buat
@syfqh.abdllh : mak mentua saya pun. Baru beli simkad. tetiba ada ahlong call whatsapp ugut2. Nak dtg rumah. ada alamat semua
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram