Home News Rumah Seram The Conjuring Dijual RM6.57 Juta

Rumah Seram The Conjuring Dijual RM6.57 Juta

0
Rumah berhantu ‘The Conjuring’ dijual RM6.57 juta. Pelik tapi benar, walaupun ramai sedia maklum yang rumah ini menyeramkan. Namun masih ada yang cukup ‘gila’ untuk melabur wang jutaan ringgit untuk memiliki rumah tersebut.

conjuring house

Sebut sahaja The Conjuring, pasti anda akan teringat akan filem seram yang berjaya mendapat blockbuster dan raih lebih 320 Juta Dolar USD. Filem tersebut mendapat tontonan ramai dek kerana penceritaan dan effect seramnya yang begitu baik.

conjuring

Rumah yang menjadi ilham kepada filem tersebut yang terletak di Rhode Island berjaya dijual pada harga kira-kira AS$1.5 juta.

Rumah yang dibina pada tahun 1726 itu dianggap antara rumah yang paling berhantu di Amerika Syarikat. Menurut sumber, keluarganya mengalami beberapa kejadian menyeramkan ketika tinggal di rumah itu dari tahun 1971 hingga 1980.

Keluarga Perron menyaksikan kejadian termasuk ibunya yang sudah tua terapung di udara selain dia sendiri pernah ditampar entiti tidak dikenali. Selepas mengetahui mengenai kejadian luar biasa di rumah itu, penyiasat paranormal popular, Ed dan Lorraine Warren menawarkan diri untuk membantu keluarga itu.

house

BACA LAGI : Apabila Berlaku Kematian Di Kejiranan, Sikap Bertolak Ansur Wanita Ini Raih Pujian

BACA LAGI : Kamera Mini Tersembunyi Dijumpai, Orang Ramai Dinasihatkan Untuk Berhati-Hati

Pasangan penyiasat paranormal lain, Jenn dan Cory Heinzen kemudian membeli rumah itu dengan harga AS$439,000 (RM1.9 juta) pada 2019. Mereka menyenaraikan penjualan rumah itu pada September tahun lalu.

Rumah itu kini dimiliki oleh seorang pemaju hartanah, Jacqueline Nunez.

nunez

“Saya percaya rumah itu memilih Nunez dengan cara yang sama ia memilih kami. Ia mahukan cahayanya,” – Andrea Perron.

Pasangan itu telah mengumumkan penjualan rumah itu di laman Facebook. Mereka memaklumkan telah menerima 10 tawaran setelah menawarkan penjualan rumah berkenaan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.