Home Entertainment Running Man Lakar Kejayaan Manis

Running Man Lakar Kejayaan Manis

0

Running Man berjaya mencipta fenomena selama 11 tahun sejak mula-mula disiarkan pada Julai 2010.

Gaya aktiviti dalam program yang spontan dan bersahaja berjaya membuatkan penonton pelbagai lapisan umur tak kering gusi.

Program Running Man akhirnya menjadi rancangan aneka ragam paling lama bersiaran iaitu 564 episod sekali gus mengatasi Infinite Challenge.

Semalam, produksi rancangan itu sempat berbual mengenai pencapaian terbabit menerusi episod baharunya. Jelas berita gembira itu disambut dengan penuh kegirangan oleh bintang program terbabit.

Menurut Yoo Jae Suk dan HaHa, rekod Infinite Challenge berjaya diatasi mereka meskipun program terbabit lebih lama disiarkan daripada kiraan tahunnya.

“Kalau lihat menerusi kiraan tahun, Infinite Challenge dua tahun lebih panjang siarannya. Tapi, banyak minggu program itu tidak ditayangkan kerana gangguan rangkaian misalnya.

“Jadi, kalau melihat pada jumlah episodnya pula, Running Man lebih banyak. Jadi maknanya kita sudah dua kali pecahkan rekod itu. Ia sangat mengagumkan,” kata mereka.

Sumber: Harian Metro