Watak Myung Ja Eun (Ryu Da In) dalam drama Korea Pyramid Game diperkenalkan buat kali pertama sebagai seorang mangsa buli. Dia menjadi target Baek Ha Rin (Jang Da Ah) dan kawan-kawannya kerana dia tidak menyertai sebuah permainan yang dikenali sebagai Pyramid Game.
Salah sifat ciri-ciri khas yang boleh dilihat dalam watak Ryu Da In sebagai Myung Ja Eun adalah sifat polos dan naif. Wataknya ini tidak memiliki kawan dan dia cenderung menutup hati dan menjauhkan diri dari orang sekeliling. Sampai bagaimana tahap polos dan naif gadis ini?
1. Ryu Da In Secara sukarela sanggup menggantikan mangsa buli
Apabila mengetahui seseorang dibuli, sepatutnya mereka yang melihat kejadian buli itu perlu melindungi mangsa tersebut. Namun, Myung Ja Eun (Ryu Da In) salah faham, dia bukannya cuba meleraikan perkara yang terjadi, Myung Ja Eun memilih untuk menggantikan tempat mangsa buli tersebut.
2. Sangat tertutup dan takut untuk memulakan sesuatu
Myung Ja Eun (Ryu Da In) menolak untuk menyertai Pyramid Game, walau dia tahu bahawa dia akan menjadi mangsa dan target buli. Selain itu, dia juga sangat tertutup dan tidak mampu untuk mendekati sesiapa pun. Sung Soo Ji yang menawarkan bantuan dan jalan keluar dari masalah kelas juga sukar untuk dia dekati. Sedangkan Soo Ji membantunya tanpa syarat. Soo Ji hanya mengatakan dia perlu menyertai permainan, lalu bertukar suara dengannya.
Ini merupakan cara termudah untuk menghindarkan diri dari menjadi mangsa buli Kim Da Yeon (Hwang Hyun Jung) dan kawan-kawan.
3. Masih bersikap seolah-olah masih di peringkat F, sedangkan rankingnya sudah berubah
Selepas akhirnya setuju untuk bekerja sama dengan Sung Soo Ji, waktu itulah Myung Ja Eun (Ryu Da In) naik ke peringkat D. Kedudukan ini dapat dicapai hasil bertukar suara dengan Soo Ji. Sayangnya kedudukan ini tidak digunakan dengan baik oleh Myung Ja Eun.
4. Tidak sedar siapakah yang berpotensi mengkhianatinya
Tidak tahu mana yang baik dan mana yang buruk, Myung Ja Eun (Ryu Da In) masih membela pihak yang salah kerana baginya mereka adalah baik. Kawan-kawan lain yang pernah membantunya tetapi dalam mengkhianatinya masih dianggap baik baginya.
Dia memihak kepada orang-orang yang salah. Dia tidak pernah sedar bahawa orang lain mendekatinya dengan motif tersembunyi. Dia menolak untuk mempercayai Soo Ji yang tulus ingin membantunya.
5. Tidak pandai bergaul
Masihkan anda ingat bagaimana kakunya Myung Ja Eun semasa mendekati kawan-kawannya? Dia tidak mampu berinteraksi dengan baik. Selama ini sebenarnya Ja Eun merasa sukar untuk berkawan kerana dia tidak pandai bergaul.
Dia tidak boleh mengikuti cara kawan-kawannya bergaul. Suatu ketika dia ingin mendekati Song Jae Hyeong (Oh Se Eun), tetapi caranya nampak menakutkan. Dia juga terpaksa menghafal dialog untuk berinteraksi dengan kawan-kawannya.
Lima kejadian di atas membuktikan bahawa Myung Ja Eun adalah watak yang polos dan naif dalam drama Korea Pyramid Game. Dia gagal mendekati kawan-kawannya dan akhirnya dikhianati oleh orang yang dipercayainya. Salah satu penyebab utama sifat naif dan polosnya itu adalah kerana Myung Ja Eun sering ditindas dan tidak pernah dianggap penting oleh orang sekeliling.
Buat anda yang ingin tahu kelanjutan episodnya, Pyramid Game boleh di strim di Viu sekarang ya!
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.