Drama Korea My Sweet Mobster (2024) diadaptasi dari sebuah webtoon popular yang berjudul The Woman Who Plays (2024).
Salah satu perkara yang menjadi sorotan dari drama Korea adaptasi ini adalah persamaan dan perbezaan antara watak dalam versi drama dan webtoon.
Khusus untuk My Sweet Mobster, ada beberapa watak utama yang penampilan dan juga nama mereka berbeza. Namun, aura dan gambaran sifat mereka adalah hampir sama.
Mari sama-sama kita lihat perbandingannya di bawah ini, adakah sama atau tidak?
1. Sekali pandang sahaja, penonton sudah boleh melihat persamaan aura Seo Ji Hwan yang dibawa oleh Uhm Tae Goo dan versi webtoon. Mereka sama-sama suka memakai sut formal
Baca juga: 5 Perkara Menarik Tentang Uhm Tae Goo, Pelakon Kacak Bersuara Husky Sebagai Bekas Gangster dalam My Sweet Mobster
2. Warna rambut Go Eun Ha yang dilakonkan oleh Han Sun Hwa dan versi webtoon adalah hampir serupa. Cuma rambut Eun Ha lebih pendek dari versi webtoon
3. Jika dalam versi webtoon, rambut Joo Il Young berwarna kuning keemas-emasan. Berbeza pula dengan watak yang dibawa oleh Kim Hyun Jin ini. Namun mereka sama-sama membuatkan para peminat jatuh hati!
4. Dalam versi webtoon, watak Kwak Jae Soo (Yang Hyun Min) bernama Jingeun. Perbezaannya, dalam versi drama perwatakannya seperti gangster, tetapi dalam versi webtoon perwatakannya lebih kebapaan dan penyayang
5. Watak Jung Man Ho (Lee Yoo Joon) dalam webtoon bernama Yunseop. Sekali pandang aura dan ekspresi mereka memang serupa!
6. Nampaknya yang membezakan Yang Hong Ki (Moon Dong Hyeok) dan wataknya dalam webtoon cuma gaya rambut. Perangai dan sikapnya tidak jauh berbeza!
7. Dalam versi drama, maknae Rusa Haus bernama Lee Dong Hee (Jae Chan), manakala dalam versi webtoon namanya ialah Mingyu. Anda lebih sukakan watak yang mana?
8. Dari warna dan gaya rambut, Gu Mi Ho yang dilakonkan oleh Moon Ji In dan dalam versi webtoon adalah berbeza. Namun, mereka sama-sama bekerja di salon
9. Watak yang gambarannya paling serupa dalam kedua-dua versi adalah Kang Ye Na (Song Seo Rin). Namun dalam versi webtoon, dia lebih licik dan menyakitkan hati!
Walau tidak semua watak adalah sama dalam kedua-dua versi, tapi pembawaan watak mereka tidak mengubah jalan cerita My Sweet Mobster. Bagaimana anda? Anda lebih menyukai watak dalam versi drama atau webtoon?