Anjing merupakan haiwan yang haram disentuh terutama bagi mereka yang beragama islam. Namun jika keadaan tersebut adalah darurat dan perlu untuk menyentuh anjing, keadaan tersebut diharuskan namun perlu disamak setelah menyentuh haiwan tersebuit.
Baru sahaja tular di halaman tiktok @muhammadalimran3 di mana situasi seorang lelaki yang sedang menyelamatkan anjing di dalam longkang yang hitam dan dipenuhi dengan rimbunan sampah. Pada awalnya lelaki tersebut menggunakan plastik namun keadaan tersebut bertambah rumit kerana keadaan plastik yang licin dan dapat dilihat lelaki tersebut terus menukar dengan menggunakan tangannya sendiri tanpa berlapik. Dapat dilihat pada akhir video anjing tersebut berjaya diselamatkan.
Baca juga : Pemilik Rumah Lepaskan Anjing Garang, Elak Bekalan Elektrik Dipotong
Baca juga : Anjing Penyelamat Meninggal Ketika Melakukan Misi Di Turki
Lihat video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen warganet :
@wanhasnah616 : Terima kasih insan yang baik budi. Menyelamatkan satu nyawa.
@veronica Mary :Mterima kasih sudi tolg semoga murah rezeki adik,,insan yg mulia
@oreovanila. : tak apa bang,kalau tak tahu nak samak bukak goggle je,yang penting saya bangga dgn bang
@Rahani Shariff : macam mana bolih nampak dia ada dlm tu terima Kaseh selamat kan dia
@healing”) : semoga panjang umur dimurahkan rezeki tak kira binatang ape janji tolong,kalau bisa panggil la pihak berkuasa bagus abangg
@Wyyahh_ : haritu p , airnya bersih ja tkdak sampah lagu ni … pasaipa banyak sampah lak ni.. terkejut tgk.. thanks bro selamatkan makhluk ciptaan Allah
Ramai yang mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut dan mendoakan kebaikan kepada lelaki tersebut asbab berani dalam membantu anjing tersebut.
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram