Home Dari Kisah Benar Sambut Hari Lahir Tanpa Arwah Abam, sekali Reaksi Fad Bocey Buat Ramai...

Sambut Hari Lahir Tanpa Arwah Abam, sekali Reaksi Fad Bocey Buat Ramai Sebak

0

Tular sebuah video yang dilihat Fad Bocey sedang menangis sebak ketika menyambut hari lahirnya bersama allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan. Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 10 Febuari 2020 itu merupakan seorang pelawak terkenal dari kumpulan Bocey.

Baca lagi: Diganggu Ketika Bermain Seorang Diri, Reaksi Adik Ini Seperti Nampak ‘Sesuatu’ Raih Perhatian

Baca lagi: Behind Your Touch: 3 sebab mengapa Kim Seon Woo mempercayai Bong Ye Bun

Klip video tersebut menunjukkan Acey Bocey, Fad Bocey serta adik pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Ali Puteh yang sedang menangis bersama-sama ketika ingin meniupkan lilin pada kek sempena hari kelahiran kedua-dua pelawak terkenal itu.

Rata-rata netizen dan warganet yang melihat klip video yang tular di platform Tiktok turut meluahkan kesedihan mereka melihat ketiga-tiga tangisan pelawak tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa Allahyarham beruntung kerana mendapat rakan karib seperti Fad dan Achey. Ramai juga yang turut mengatakan bahawa ini betul-betul sahabat dunia dan akhirat sebenar.

Lihat klip video di bawah:

@fadbocey8 😭😭 #fad #achey #abam #fadbocey #acheybocey #abambocey #bocey #alfatihah #fyp #fypシ #fypage #foryou #masukfyp #foryourpage ♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.