Home New Post Sampah Dibuang Di Tepi Tasik, Tindakan Wanita Ini Dedah Perbuatan Pekerja Raih...

Sampah Dibuang Di Tepi Tasik, Tindakan Wanita Ini Dedah Perbuatan Pekerja Raih Perhatian

0

Sekarang ini banyak dilihat tasik yang penuh dengan sampah sarap dan rupanya sampah tersebut datangnya dari pekerja pengutip sampah itu sendiri yang membuang sampah merata-rata.

Menerusi video yang telah tular di tiktok @laaibanatasha_, dapat dilihat tindakannya yang merakam salah seorang pekerja pengutip sampah membuang sampah telah merungkaikan satu penemuan baru di mana sebenarnya sampah-sampah yang telah dikutip tersebut hanya dibuang ke dalam jurang yang terletak bersebelahan dengan tasik. Kejadian tersebut telah dirakam di johor bahru.

Alkisahnya harini, After jogging nak pergi sarapan, pastu kedainya tutup lagi, so pergi laa jalan2 area jb, pastu sampai kat sini, stop jap santai2 sebab nak makan satay yg beli dekat pasar tani tadi, tiba2 nampak sorang pekerja ni baru nak kutip sampah dari tong sampah, mula2 puji laa dia “wahh, bagusnya tangkap gambar before buang sampahnya”, tapi tiba2 dia tarik plastiknya tanpa ikat pungggg!! pergi campak sampah kat tepi sana, auto membebel laa dlm kereta kenapa dia buat macam gitu apa semua. Nak tegur terus tak berani kang dia buat apa2 pulak kan, pastu decide utk rakam perbuatan pekerja ni. Terpaling terkejut bila tgk rupa2 nya dah banyak sampah dibuang kat situ. Kita dah buang sampah elok2 dalam tong sampah, dapat kat pekerja ni, dia pulak yg cemarkan alam sekitar.

Kerana video tersebut, ramai yang memuji tindakan wanita tersebut kerana telah menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar.

“Terbaik sis..inilah cara netizen yg ada perasaan kebersihan persekitaran…ini lah..yg digalakkan dlm Islam..kebersihan..Salute kat u sis…”

“tq sis, Sebab prihatin. kita perlukan keikhlasan org ramai sama2 memantau kejiranan . KITA SEMUA PEMBAYAR CUKAI KAN “

Baca juga : Selamba Baling Sampah Di Tepi Jalan, Reaksi Pemilik Honda Civic Ini Dikecam

Baca juga : Lelaki Ini Tidak Kisah Digelar Sebagai Pengutip Sampah, Gajinya Pula Buat Ramai Yang Tak Sangka

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@eboy : tu laut… bukan tasik, selamat tebrau nama nya

@SasbyEmpire : Dulu boleh duduk tepi ni rinduu suasana dulu, skrgg hurmmmm

@Pokyo Lorak : boss aku dulu klo wassp tanya Keje, hantar gambar tgh buat Keje, tiba² dia dh ada belakang, Boss mcmtu kita nk terus turun, bukan tengok gmbar wssp je

@Mieka Safuan : nasib baik laa ada yg perasan..kalau tak sampai bila2 laa dia buat macam tu..lepas tu duk salahkan org awam buang sampah situ..

@norizan19677 : senang keje, patut nmpk rilek je, siap bleh lepak lagi.

@bkhenterprise : mcm ni depa kerja selama ini…tolong peratikan di lain² daerah juga semua..

@RS Collection’s : terbaik…. jenis busybody yg bagus…rakaman jelas…penjelasan jugak tersusun..Mohon tindakan Majlis

@naimkribo : dkt rumah mak aku pun lebih kurang. dkg 2 3 motor. siap bwk plastik sampah. dia taburkan sampah then kutip sorg lagi ambik gmbr. pastu g tmpt lain

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram