Home K - Pop Sandara Menangis Semasa Luah Penderitaannya Selepas 2NE1 Bubar

Sandara Menangis Semasa Luah Penderitaannya Selepas 2NE1 Bubar

0

Video Star pernah mengadakan segmen di mana para selebriti mengungkap kerunsingan terbesar mereka. Sandara Park memutuskan untuk buka cerita tentang detik-detik sukar dalam hidupnya secara jujur.

Bekas anggota 2NE1, kumpulan paling hit suatu ketika dahulu ini mengaku yang selepas band itu bubar, dia mengaku yang dia menderita anxiety atau cemas tentang masa depannya. Kini tiada lagi tiga rakan seperjuangan di sisi, dia jadi terfikir apa yang dia boleh buat secara sendirian.

“Apabila kami bubar dan saya perlu berdiri di atas kaki sendiri, saya menderita kerisauan melampau tentang apa saya yang boleh buat dengan diri ini. Itu saat paling sukar bagi saya.” – Sandara Park

Keyakinan dirinya juga sangat rendah kerana semasa mereka masih bersama sebagai satu kumpulan, dia pernah berasa ‘tak berguna’ dan memerangkap dirinya dengan berfikiran bahawa ahli lain lebih berbakat besar.

“Semasa kami bersama, saya rasa diri ni tak berguna dalam grup sebab setiap member saya ada bakat besar. Saya fikir bila menyanyi, saya cuma menyusahkan pasukan kami. Saya tak boleh enjoy.” — Sandara Park

Rancak campaign 1640x614 1 11

Pembubaran itu merancakkan lagi fikiran negatifnya dan dua tahun Sandara diselubungi kegelapan itu. Dia hilang semua member-member satu grup dan orang-orang sekeliling yang mengaku kawannya turut berhenti menghubunginya.

Keyakinan dirinya semakin menjunam ke paras -1 semasa dia mula meragui dirinya untuk buat sesuatu tanpa rakan-rakannya.

“Selepas kami bubar, saya terfikir apa nak buat sekarang. Dalam 2-3 tahun jugalah pemikiran negatif menyerang saya dan keyakinan diri banyak jatuh. Orang yang biasanya hubungi saya setiap masa pun dah berhenti contact. Saya tinggal selama 2 tahun dalam kegelapan itu.” -Sandara

Mujurlah Sandara bingkas bangkit dan tersedar yang dia sebenarnya wanita kuat yang boleh buat apa sahaja yang dia set dalam kepala.

Empangan air matanya juga pecah dan mengalir bila mengenangkan betapa waktu-waktu kelam itu sebenarnya bernilai. Sandara mula sedar siapa sahabat sejatinya yang akan terus mendewasa bersamanya.

“Tetapi hujung-hujung tu baguslah. Saya sedar yang beberapa insan yang saya tinggal dulu sebenarnya adalah kawan sejati saya. Jadi saya makin happy sekarang.” — Sandara Park

Sandara mula menghadiri pelbagai aktiviti dan mempromosi dirinya. Fikirannya mula terbuka dan nampak yang dirinya bukanlah ‘tak berguna’ tetapi seseorang yang berharga dan unik. Akhirnya dia mampu terima dan seronok jadi diri sendiri.

Satu-satunya perkara yang disesalinya adalah dia lambat cari dirinya yang hilang.

“Apa yang buat saya rasa bodoh adalah saya sedar semua ini selepas kami bubar. Bila tiada lagi rakan-rakan yang jadi tulang belakang di sisi, saya kena bangun sendiri. Saya mula pergi ke sesi bertemu peminat, buat persembahan sendiri dan mula rasa seronok.

Saya rasa menyesal mensia-siakan waktu semasa tidak menyedari nilai diri saya.” — Sandara Park

Meskipun Sandara Park kelihatan ceria ketika hari-harinya bersama 2NE1 dan merana kerana pesimistik, akhirnya kini dia mula jumpa kebahagiaan dengan dirinya dan dapat semula keyakinan.

Sumber: Koreaboo