Home Kdrama/Kmovie Sangat Menarik, 5 Filem dan Drama Korea Ini Tampilkan Budaya dan Tradisi...

Sangat Menarik, 5 Filem dan Drama Korea Ini Tampilkan Budaya dan Tradisi Korea Selatan dengan Baik

0

Budaya Korea berkembang pesat dan meluas secara global dalam dua dekad terakhir ini. Budaya mereka diterima oleh pelbagai golongan masyarakat sehingga menghasilkan sebuah fenomena “Korean Wave” atau disebut juga Hallyu. Korean Wave sendiri sangat identikal dengan dunia hiburan seperti muzik, variety show, serta filem dan drama Korea yang dikemaskan secara menarik dan menyajikan budaya Korea.

Tambahan pula, pada era moden dan serba digital seperti sekarang ini, penyebaran maklumat berlaku secara pantas dan mudah. Dengan adanya internet, maklumat dari segenap penjuru dunia boleh diakses dengan cepat. Perkara tersebut membuatkan masyarakat dari pelbagai negara menggemari hasil karya dari dunia industri hiburan Korea Selatan.

Jika anda juga tertarik dengan budaya Korea Selatan dan ingin mempelajarinya melalui filem dan drama, berikut dibawah ini adalah filem dan drama Korea untuk mempelajari budaya Korea Selatan. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Filem The King’s Letters

Drama koreaFilem The King’s Letters menceritakan tentang Raja Sejeong yang berjuang untuk mencipta sebuah alfabet asli Korea. Dalam sejarah Korea, Raja Sejeong sangat popular karena jasanya yang luar biasa dalam mencipta Hangeul, di mana alfabet asli Korea tersebut menggantikan Hanja.

Filem yang dibintangi oleh Song Kang Ho, Park Hae Il dan Jeon Min Seon ini menceritakan betapa beratnya usaha Raja Sejeong untuk mencipta Hangeul. Usaha tersebut kerap kali menemui berbagai-bagai halangan seperti tentangan dari beberapa pembesar istana dan lain-lain lagi. Namun akhirnya Raja Sejeong berjaya memperkenalkan 28 abjad baru supaya seluruh rakyat Korea dapat membaca dan menulis dengan mudah.

Tonton Filem Ini di VIU

 

2. Filem A Resistance

KoreaFilem ini merupakan sebuah filem Korea yang diadaptasi dari kisah benar. A Resistance menceritakan tentang masa pendudukan Jepun di Korea. Waktu itu orang-orang Korea memperjuangkan kemerdekaan mereka. Salah seorang warga Korea yang berjuang pada masa itu adalah Yu Gwan Sun. Tokoh ini lahir dari keluarga petani yang masuk ke sekolah wanita di Seoul dan selalu mengajar ilmunya pada warga setempat.

Kisah Yu Gwan-Sun adalah cerita yang sangat terkenal di semenanjung Korea dan filem ini mewakili dirinya, aktiviti, dan ideologinya dengan penuh kehormatan . Bagi anda yang sukakan sejarah Korea Selatan, tentu A Resistance sesuai untuk anda.

 

3. Drama Mr Sunshine

936f9cb5 113a 46a5 9f97 30eea5de3348Drama ini menceritakan kisah seorang anak dari keluarga hamba bernama Eugine Choi. Melihat kedua-dua orang tuanya dibunuh di depan mata, Eugine lari ke Amerika dengan membawa dendam di dalam hati. Kembali dari Amerika, Eugine bertugas di Korea sebagai tentera dan bertemu dengan Go Ae Shin yang berasal dari keluarga bangsawan di Joseon. Mengetahui rahsia Ae Shin sebagai seorang pasukan rahsia, Eugine berkawan baik hingga jatuh cinta padanya.

Walau drama ini fokus pada kisah percintaan watak-watak utamanya, Anda boleh belajar mengenai sejarah perjuangan rakyat Korea melawan penjajahan Jepun yang menjadi latar belakang filem ini. Selain itu, filem ini juga diinspirasikan dari kisah benar.

Tonton Drama Korea ini di NETFLIX

 

4. Drama SKY Castle

cbd9eff6 6af6 42f7 91c6 5608b5b57ebbSky Castle menceritakan mengenai kumpulan ibu bapa dan anak-anak mereka yang tinggal di komplek elit yang dikenali sebagai Sky Castle. Semua yang tinggal di sini adalah doktor-doktor dan profesor lulusan 3 universiti terbaik di Korea iaitu Seoul National University (SNU), Korea University dan Yonsei University.

Siri drama ini memaparkan isu-isu menarik tentang masyarakat Korea, terutamanya mengenai sistem pendidikan di Korea Selatan yang sangat kompetitif. Dengan jalan cerita yang sukar diagak, anda dapat merasakan sukarnya bersaing dan beratnya tekanan yang perlu dipikul oleh para pelajar di Korea Selatan.

Tonton Drama Korea ini di NETFLIX

 

5. Drama Reply 1994

5f3a17bf 32c2 4ed1 91f6 56394ae83df7Sesuai dengan tajuknya, Reply 1994 mengambil latar tahun 1994 tentang sekumpulan pelajar yang merantau ke bandar besar untuk menyambung pengajian. Sung Na Jung tinggal bersama ayahnya, Sung Dong Il dan ibunya, Lee Il Hwa yang memiliki rumah sewa. Kebanyakan pelajar di rumah Sung Na Jung berasal dari kampung yang pergi ke bandar hanya untuk menyambung pelajaran.

Berbagai-bagai kisah lucu, sedih, dan kisah pertengkaran mewarnai persahabatan pelajar-pelajar muda yang menyewa di rumah Sung Na Jung.

Tonton Drama Korea Ini di iQIYI

Demikian sahaja lima pilihan filem dan drama Korea yang dapat membantu anda dalam mempelajari budaya Korea Selatan. Filem atau drama Korea manakah yang pernah anda tonton?

Baca lagi: 5 Drama Korea Romantik Ini Buat Penonton Senyum Sendiri, Kisah Bahagia yang Mengujakan
Baca lagi: 5 Filem Psikopat Korea, Kisah Fiksyen dan Kisah Benar yang Menakutkan