Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok umpsamalaysia, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan reaksi sebuah keluarga berjalan kaki sambil menolak beg menuju ke pintu masuk di Univerisiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Dikatakan mereka datang menaiki bas daripada Sarawak dan ingin menghantar salah seorang anak perempuannya ke Universiti tersebut.
Oleh itu, video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa sebak melihat tindakan mereka sekeluarga sanggup datang ke UMPSA daripada Sarawak untuk menghantar salah seorang anak perempuannya sambung belajar. Ada juga yang berkongsi cerita di mana wanita ini sanggup sewa kereta untuk hantar adiknya sambung belajar kerana takut adiknya dipandang rendah jika beliau bawa kenderaan ‘buruk’. Netizen juga mendoakan semoga mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 940.5K penonton, 63.1K sukaan dan 3410 komen.
Baca lagi: “Babah Maryam Mana, Meninggal Ke” -Disoal Anak Tentang Bapa, Respon Si Ibu Pula Undang Sebak
Baca lagi: Rakyat UK Kutuk Ekonomi Malaysia Di Tiktok, Tak Sangka Ini Reaksi Warganet
Lihat klip durasi pendek reaksi keluarga ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Kak Qills: bagi tahun2 akan datang, pihak UMPSA boleh standby bas atau apa2 jenis kenderaan untuk sambut pelajar2 yg baru mendaftar di airport seperti UNIMAS
@Nor Ilma Mustafa Kamal: selamat datang ke Negeri Pahang dan ke UMPSA orang Sarawak. Semoga perjalanan menuntut ilmu adik lancar dan berjaya dunia akhirat.
@Jualapaajer: teringat kisah sendiri ayah n mak hntr daftar naik Lori kerja (Lori 1 tan) ke UPM Serdang. Tipulah x malu waktu tu. tpi itu je kenderaan yg
@yani: terima kasih semua yg mendoakan yg baik2 dn pihak umpsa utk makcik dn kazen sya ni…semoga dipermudahkan urusan dunia dn akhirat smua aamin
@NurQasih: sy g hanta adik sggup sewa keta axia dlu. tkut adk malu kwn2 tgk kakak naik wira buruk sopak2, sy je jd ibu ayh urus adk dr kcik smpai adk besar
@secret: bab2 family ni auto airmata mengalir…Besar pengorbanan mak ayah hantar anak²nya smbung belajar
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram