Home Food Sannakji: Budaya Makan Sotong ‘Hidup-hidup’ Di Korea

Sannakji: Budaya Makan Sotong ‘Hidup-hidup’ Di Korea

0

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, salah satu aktiviti penulis untuk membuang masa adalah melayan YouTube. Dari video kucing, resipi, travel sehinggalah mukbang (orang makan banyak-banyak depan kamera).

maxresdefault 3
Foto: Ssoyoung/YouTube

Salah seorang mukbanger yang penulis rasa unik adalah Ssoyoung. Kerana sebelum makan, wanita Korea itu tunjuk dulu proses macam mana dia dapatkan makanan, misalnya dari tangkap ikan di dalam kolam sehinggalah terhidang di atas pinggan.

maxresdefault 1
Foto: Ssoyoung/YouTube

Sekiranya pergi ke ladang atau pasar, habis binatang nak cabut lari kalau nampak dia. Ayam mengepak sayap bila Ssoyoung cuba tangkap, manakala sotong kurita pula nak keluar dari besen mahu balik semula ke laut setiap kali wanita itu celup tangan.

maxresdefault 2
Foto: Ssoyoung/YouTube

Selain itu, pilihan makanannya juga rare seperti ketam, udang gergasi, telur unta dan ikan pelik-pelik.

Tetapi suatu hari, dia kena cancelled dan dikecam satu dunia tahun lalu kerana penonton terutamanya dari Barat tidak boleh terima cara dia makan sotong hidup-hidup berperasa sos, garam dan kicap.

sdjyhgflaiwjdkaugfkauyhwdkahwkghfeature
Foto: Ssoyoung/YouTube

Caranya itu kelihatannya agak ekstrem bagi yang tak biasa, dan mengingatkan penulis pada gergasi dalam siri anime ‘Attack on Titan’.

Sannakji

Ternyata makan sotong kurita hidup-hidup ini merupakan perkara normal bagi orang Korea Selatan.

squid g56d587418 1280
Foto: Pixabay

Hidangan sotong mentah yang dipanggil Sannakji ini biasanya disajikan di restoran atau pasar di Korea. Cara penyediaannya adalah sotong hidup itu dibawa ke dapur, dipotong-potong sesungutnya dan dihidangkan seperti sashimi. Kemudian disiram dengan minyak bijan dan ditabur biji bijan.

Walaupun sudah bercerai badan, sesungutnya masih bergerak-gerak di dalam pinggan. Orang yang pertama kali cuba dinasihatkan berhati-hati dan kunyah dulu, jangan terus telan supaya tidak tercekik. Menurut laman Treehugger, tentakel sotong tu boleh melekat kuat dalam mulut, malah boleh cuba panjat dalam tekak, erk!

Pelancong dari Amerika mencuba hidangan sannakji dan menurut mereka, rasanya seperti ada zombie sotong tengah berperang dengan gigi di dalam mulut. Kata mereka, makan sotong secara mentah dan terlebih segar ini bukan mudah. Ia sangat susah dan kena kunyah lama.

Menurut perkongsian mereka dalam Masslive, sejak itu mereka rasa macam nak makan sayur je kerana terbit rasa bersalah bila memberi mimpi ngeri kepada hidupan laut itu.

Sumber: [1],[2]