Populariti tidak hanya menuai pujian. Situasi itulah yang berlaku terhadap anggota kumpulan Brave Girls, Yujeong selepas mula mendapat perhatian tahun lalu dengan lagu ‘Rollin Rollin’.
Kata Yujeong, ketika nama Brave Girls tidak terlalu popular, mereka risau kerana tidak menerima sebarang komen, baik atau buruk daripada peminat.
Tetapi selepas nama mereka memuncak pada tahun lalu, apa yang diharapkan tidak seindah yang dibayangkan. Bermula dari saat itu, Brave Girls kerap dihujani komen-komen negatif daripada netizen.
Yujeong turut mendedahkan, ada netizen yang menggelar Brave Girls sebagai ‘Pig Girls’ atau ‘perempuan babi’. Ada juga yang turut mengecam fizikal tubuh badan setiap ahli dengan mengatakan mereka gemuk dan mempunyai lemak di perut.
Sedangkan tiada seorang pun ahli Brave Girls yang gemuk. Yujeong sendiri memiliki berat badan ideal iaitu ketinggian 163 sentimenter dengan berat 53 kilogram.
Baca Lagi: Wajah Dikritik ‘Pelik’ Di Dalam Gambar, Tak Berkecil Hati Malah Ini Respon Bijak Seolhyun
Lebih menakutkan, penyanyi itu pernah menerima kiriman mesej berbentuk ugutan bunuh yang melarangnya muncul dalam persembahan muzik menerusi televisyen.
“Saya akan bunuh awak (bila awak sertai persembahan muzik). Bunyi macam tipu kan? Awak rasa saya tak boleh nak bunuh awak ke?” menurut ugutan itu.
Sumber: [1]