Home Entertainment “Saya banyak lakukan kesalahan…”, Amber Heard Mengaku Masih Sayangkan Johnny Depp

“Saya banyak lakukan kesalahan…”, Amber Heard Mengaku Masih Sayangkan Johnny Depp

0

Walaupun menjalani perbicaraan yang agak tegang antara kedua-dua belah pihak, Amber Heard mengaku masih menyayangi bekas suami nya, Johnny Depp.

“Saya masih sayang kan dia, sepenuh hati saya. Saya telah cuba yang terbaik untuk selamatkan hubungan ini, namun gagal.”, jelas bintang Aquaman ini pada Rabu lalu, pada satu sesi temubual Today show selepas disabitkan kesalahan ke atas memfitnah Depp. 

“Saya tidak pernah marah atau mempunyai hasrat buruk terhadap Depp,” Heard, 36, memberitahu pengacara, Savannah Guthrie, “Saya tahu sukar untuk semua orang memahami, namun jika anda pernah mencintai, ia pasti mudah untuk anda faham perasaan saya sekarang”.

1624878
Sumber gambar dari NBC NEWS 

Heard telah memberi kan kenyataan sebaik sahaja perbicaraan itu tamat di Virginia, dua minggu yang lalu.

Hakim telah memutuskan bahawa Depp memenangi perbicaraan tersebut, dan Heard telah diarah kan membayar 10 juta USD kepada Depp. Perbicaraan hangat itu telah terjadi setelah Heard mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepada Depp dan disiarkan di tabloid Washington Post. 

Walau bagaimanapun, Heard menjelaskan yang dia telah melakukan perkara yang sepatutnya, “saya telah bersuara untuk diri saya dan juga kebenaran.”

Heard berkata ketika dia menulis “op-ed” itu, dia tidak memaksudkan tentang Depp dan tidak pernah berniat untuk memfitnah atau menyebabkan Depp kehilangan kerja.

“Tidak, saya tidak bercakap tentang dia”, jelas Heard kepada Guthrie. “Perkara itu bukan tentang dia.”

Kedua-dua pelakon itu berdepan dengan risiko kehilangan karier selepas perbicaraan tersebut.

Depp bagaimanapun dikhabarkan telah kembali kepada dunia muzik, sementara itu, Heard telah dikatakan disingkirkan daripada filem Aquaman 2. 

1624893
Sumber gambar dari The Star 

Heard telah menafikan perkara tersebut, walaupun terdapat “petition” yang dikeluarkan oleh peminat Depp untuk singkirkan Heard dari filem tersebut.

“Saya sentiasa bercakap benar, ketika perbicaraan tersebut semua perkara yang saya katakan di hadapan hakim adalah benar.”

Heard tidak menyalahkan hakim kerana berpihak kepada Depp, memandangkan Depp seorang aktor yang disayangi dan dikenali ramai, Depp pelakon yang hebat.

Dia juga percaya bahawa “team” Depp telah bekerja dengan baik bagi memastikan hakim berpihak kepada Depp dan menyatakan bahawa perkahwinan antara dia dan Depp adalah “toxic”.

Sumber: The Star 

Baca artikel terdahulu: Johnny Depp Muak Tengok Muka Amber Heard?!!