Pasangan Park Shin Hye dan Choi Tae Jun nak kahwin dan bakal dapat baby.
Dua pelakon tersebut sudah bercinta sejak 2017, terkini agensi mereka iaitu SALT Entertainment dan Santa Claus Entertainment mengumumkan perkahwinan mereka akan diadakan pada 22 Januari tahun 2022 di Seoul secara tertutup.
SALT Entertainment turut memaklumkan yang Park Shin Hye sedang hamil. Aktres tersebut nampaknya turut gementar bercampur teruja berkongsi berita gembira ini dengan peminatnya.
“Saya berdebar nak kongsi berita ini, bimbang anda akan terkejut dengan berita mengejut ini.”
Menurut pelakon drama Sisyphus itu, Choi Tae Jun adalah jodoh tepat buatnya dan sentiasa berada di sisi ketika waktu susah mahupun senang.
“Saya akan berkahwin dengan orang yang selalu ada di sisi saya. Dia adalah tulang belakang saya selama ini dan terima segala ketidaksempurnaan seorang Park Shin Hye, dan saya nak mulakan hidup baru dengannya sebagai pasangan suami isteri.”
“Walaupun mungkin terlalu awal nak umumkan perkara ini, ada jasad kecil dalam tubuh saya (hamil). Saya nak beritahu anda sebelum orang lain.
“Saya tetap akan tunjukkan teladan yang baik walaupun selepas berkeluarga dan akan kembali beraksi di skrin secepat mungkin supaya anda tak perlu tunggu lama.”