Dalam satu wawancara dengan media Korea Wikitree, pengarah siri terbaru Netflix, ‘Hellbound’ iaitu Yeon Sang-ho berbicara tentang naskhah dark fantasy tersebut dan tugasnya sebagai pengkarya.
Sebelum ini, filem hasil arahannya ‘Train to Busan’ (2016) pernah menarik sekitar 10 juta penonton. Beberapa karyanya yang lain termasuk ‘Graduation Class’ (2016), ‘Home’ (2016), ‘Telekinesis’ (2018) dan ‘Peninsula’ (2020).
Yeon Sang-ho mengulas tentang konsistensi dalam berkarya, “Saya buat ini sebab memang kerja saya untuk berkarya, bukan sebab passionate. Kerja saya adalah bikin konten, dan saya bersyukur sebab suka dengan kerja sekarang. Nampaknya memang sesuai dengan saya.”
Beliau turut berkongsi pandangannya tentang ‘Hellbound’ yang menduduki tempat pertama di carta Netflix di seluruh dunia serta di Korea selepas tayangannya.
“Saya rasa penting untuk melukis kejadian yang boleh berlaku di dunia ini, sesuatu yang terjadi dalam realiti. Saya bekerja dengan Choi (penulis) untuk meneroka pelbagai idea dan cerita.”
Salah satu perkara yang menyalakan semangat pengkarya adalah reaksi audiens terhadap karya mereka, sama ada respons positif atau negatif itu lain cerita.
“Saya rasa bingung kejap dan rasa bertanggungjawab untuk bagi yang terbaik bila terima perhatian ramai yang tak terduga ini.
Saya tak rasa pun saya ni berbakat sebagai content creator. Tetapi saya tetap percaya yang berkarya ini sesuatu yang saya boleh buat. Saya akan buat bersungguh-sungguh dan turut ucapkan selamat maju jaya kepada anda semua.”