Kang So Yeon mencipta nama menerusi rancangan realiti cinta hit Netflix, Single’s Inferno.
Baru-baru ini dia memuat naik beberapa keping fotonya berbusana gaun pengantin berserta kapsyen,”saya kahwin” di laman Instagram.
Fotonya yang anggun dalam pakaian pengantin itu menarik perhatian ramai.
“Sebenarnya, pengantin lelakinya tiada.” tulis So Yeon lagi sambil menjelaskan bahawa foto-fotonya itu adalah untuk majalah pengantin Wedding 21.
Rata-rata netizen berasa bagaikan ‘Tipah Tertipu’ dengan prank Kang So Yeon pun komen:
“Oh terperanjatnya saya.”
“Saya berasa sungguh terkejut .”
“Hidup-hidup kena tipu.”