Home Entertainment “Saya Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Yang Tak Membela Nasib Wanita” Amber Heard...

“Saya Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Yang Tak Membela Nasib Wanita” Amber Heard ‘Play Victim’, Depp Menang Kes!

0

Pelakon Hollywood, Johnny Depp, 58, memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36 hari ini.

Selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp terhadap bekas isteri, Amber Heard, juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country di sini, hari ini memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).

Juri memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif, lapor NBC News.

Juri juga membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta), dalam perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu.

1607685

Barisan tujuh juri mula memperhalusi dan membahaskan keterangan dikemukakan saksi kes saman Depp terhadap Heard sejak Jumaat lalu, lapor agensi.

Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).

Heard yang juga pelakon filem Aquaman, mendakwa dirinya sebagai mangsa dera Depp dan telah membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta).

Artikel Berkaitan: “Kamu Tidak Akan Dapat Menatap Mata Saya Lagi,” Johnny Depp Sudah Muak Dengan Lakonan Palsu Bekas Isteri

Artikel Berkaitan: “Amber Heard Sememangnya Sedang Mementaskan Lakonan Terhebatnya”, Perbicaraan Bersambung 16 Mei Ini

124934681 gettyimages 1240916583

Namun, Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa Heard yang sering bertindak ganas.

Melalui kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG) beberapa jam yang lalu, Depp meraikan kejayaan memenangi kes saman malu itu.

WhatsApp Image 2022 06 02 at 9.53.51 AM WhatsApp Image 2022 06 02 at 9.53.50 AM

Sementara itu, Heard meluahkan rasa kecewa dengan keputusan juri, lapor NBC News. Dia patah hati kerana bukti yang dikemukakan tidak mencukupi dan dia hilang hak yang dia ada sebagai rakyat Amerika Syarikat.

Menurut Heard juga, dia kecewa dengan keputusan juri ini terhadap wanita, dia hanya ingin menegakkan haknya namun akhirnya dimalukan.

Sumber: [1], [2]