Home Entertainment  “Saya Makan 6 Suap Sahaja” Adibah Noor Dedah Punca Dan Tips Turunkan...

 “Saya Makan 6 Suap Sahaja” Adibah Noor Dedah Punca Dan Tips Turunkan Berat Badan

0

Adibah Noor Mohamed Omar atau lebih dikenali sebagai Adibah Noor mendedahkan bahawa sudah tiba masanya untuk menjaga kesihatan diri.

Adibah Noor telah berkongsi rahsianya dalam proses menurunkan berat badan. Antaranya, dia menjauhkan diri daripada minum minuman bergula dan menghadkan hanya enam suapan sahaja setiap kali makan.

Menurut beliau, sudah tiba masanya untuk beliau menjaga kesihatan diri memandangkan usianya kini sudah mencecah 52 tahun.

adibahnoormohdomar 241526161 1022014748597703 8439342532605608493 n

“Lutut semua dah kaput. Jalan pun mengah, jalan penyelesaiannya adalah dengan kurangkan berat badan. Saya start pemakanan sihat ni selepas habis program Gegar Vaganza.”

“Saya jauhkan makanan berproses. Misalnya kalau saya nak makan burger, saya cari gerai yang buat burger sendiri. Bukan yang dari dalam plastik yang dah siap,” jelasnya. -Gempak

Tambah Adibah lagi, dia mengamalkan makanan segar yang dimasak dan mengelakkan daripada makan makanan berproses atau yang di dalam tin. Adibah Noor juga berkongsi bahawa beliau menghadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori.

Baca lagi: Sering Menderma RM500 Ribu, Rupanya Ada Harta Sebanyak Itu! Ini 5 Penyanyi K-Pop Perempuan Terkaya

Baca lagi: Song Joong-ki Menghadiri Majlis Perkahwinan Aktres Ini Walaupun Tidak Dijemput. Siapa Dia Sebenarnya?

ADIBAHKURUS1 1654758263

Mengejutkan, dahulu Adibah Noor akan makan nasi lemak tiga bungkus, tetapi sekarang beliau hanya makan sebungkus sahaja.

Melihat respon yang positif daripada pengikut di Instagram yang memuji penampilan terkininya, Adibah memanjatkan kesyukuran.

“Alhamdulillah, doakan yang baik-baik sahaja untuk saya,” katanya.

Sumber: [1]