Sung Hoon telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas bersikap tidak sopan ketika menjadi tetamu dalam sebuah rancangan hiburan, “The Must-Try Restaurants.”
tvN’s “The Must-Try Restaurants” merupakan sebuah rancangan hiburan yang menampilkan pengacara dan tetamu jemputan untuk mencuba hidangan di restoran popular. Sung Hoon dikatakan telah menjadi tetamu jemputan pada 8 Ogos yang lalu dan telah bersikap tidak sopan dengan bertindak mengkritik restoran tersebut, “Jom pergi ke tempat lain” & “Saya tidak boleh tahan dekat sini”. Apabila mereka masuk ke dalam restoran dan menjamu selera, dia telah melakukan gerakan menggelengkan kepala untuk menghilangkan peluh dan menggunakan penyepit untuk makan sedangkan “chopstick” ada disediakan.
Penonton mengkritik sikap Sung Hoon yang tidak faham konsep program tersebut dan tidak bersopan santun ketika di meja makan.
Membalas kritikan tersebut, agensi Sung Hoon, Stallion Entertainment telah mengeluarkan kenyataan pada 10 Ogos yang lalu, “Sung Hoon telah bersikap keterlalulan,mungkin kerana dia cuba untuk menceriakan suasana. Kami meminta maaf kepada penonton yang tidak senang akan tindakan tersebut. Kami akan menjadi lebih baik pada masa akan datang dan bersikap lebih cakna.”
Sumber:Soompi
Baca artikel terdahulu: Gambar Kumpulan “Girls Idols” Baru di Bawah YG Entertainment Tersebar