Semasa dalam perjalanan balik ke rumah, seorang netizen Korea yang dinamakan A terserempak dengan segerombolan zombie.
Rupa-rupanya dia lalu di tapak penggambaran siri zombie yang tengah hit di Netflix saat artikel ini ditaip iaitu ‘All of us Are Dead’.
“Masa tu saya balik ke rumah subuh-subuh, bila nak masuk ke lorong jalan ni, saya nampak zombie ramai-ramai duduk di sebuah kafe.
“Lutut saya macam tercabut skru, nak menangis dah ni dan saya rasa sesuatu bakal terjadi. Pada masa itu, mata saya bertembung dengan zombie tu, bagaimanapun zombie itu malu-malu dan menyuruh saya lalu pergi kerana dia tengah berlakon.”
Jelasnya lagi, lokasi penggambaran berkenaan dekat dengan rumahnya dan dia akan pengsan jika itu zombie betul.
“Semua orang mesti pitam kalau berada dalam situasi itu, kalau zombie berdiri dekat dengan saya pun, saya akan pengsan dengan mulut berbuih.”
“Sesetengah zombie yang saya nampak itu terbaring membelakangi saya. Jadi tak adalah takut sangat. Tapi terkejut sungguh saya, sampai tak boleh menjerit. Dah setahun lebih peristiwa ini berlaku, bila cerita ‘All of us Are Dead’ ini keluar, tiba-tiba saya teringat lokasi dalam drama itu.”
Apa lagi, netizen-netizen lain pun berdekah ketawa dan komen pendapat masing-masing apabila A post ceritanya itu di laman Theqoo:
“Kalau saya tengah minum-minum dan nampak zombie, saya pun pengsan.”
“Selepas tengok drama itu, baru saya perasan ramai rupanya orang di Korea ini pandai jadi zombie.”
“Kalau berlakon di pekan saya, saya pun nak tengok masa siang hari cerah.”
“Zombie-zombie tu pemalu nampaknya.”
Sumber: Wikitree