Home Entertainment “Saya Tak Pernah Tengok Peluru Hidup Di Korea.” – Pengarah Squid Game...

“Saya Tak Pernah Tengok Peluru Hidup Di Korea.” – Pengarah Squid Game Ulas Insiden Senjata Baldwin

0

Pada hujung bulan Oktober lepas, Hollywood terperanjat dengan kejadian Alec Baldwin tertembak kru semasa penggambaran filem ‘Rust’ di Santa Fe, Amerika Syarikat.

Lapor Harian Metro, insiden itu berlaku secara tidak sengaja di mana Halyna Hutchins (sinematografer) dan Joel Souza (pengarah) ditembak dengan senjata prop yang dikendalikan Baldwin. Aktor itu tidak tahu ada peluru sebenar di dalam pistol berkenaan.

211022020425 01 alec baldwin 1021 super tease

Mangsa yang maut adalah Halyna Hutchins manakala Joel Souza pula cedera dan dirawat di hospital.

Dalam satu gambar yang diterbitkan akhbar Santa Fe New Mexican, Baldwin kelihatan bingung di lokasi kejadian tersebut dan pelakon itu menangis selepas disoal penyiasat.

‘Saya tak pernah lihat peluru hidup’

Wartawan Variety tidak melepaskan peluang untuk tanya pengarah dan penulis ‘Squid Game’, Hwang Dong-hyuk semasa di acara karpet merah berkenaan insiden itu dan bagaimana langkah pencegahan dilakukan semasa di set siri thriller yang ada adegan tembak-tembak itu.

34d66860dafc8949f2e4cd0b7af3f2c4

“Sudah semestinya kami ada prop master, tapi di Korea kami tak biasa memiliki senjata api, cuma polis sahaja yang ada.

“Sebab itulah peluru bukan senang-senang nak dapat seperti di sini (Amerika). Jadi kemungkinan untuk berlaku isu keselamatan sebegitu di set sangat rendah.

“Malah seumur hidup saya tak pernah tengok peluru hidup. Cuma pernah nampak dalam movie.” kata Hwang.

Bagaimana Senjata Api Digunakan Dalam Siri/Filem?

Insiden seperti kes Baldwin ini mengejutkan industri kerana jarang terjadi di lokasi filem.

Penggunaan senjata api dalam produksi filem secara umumnya dilakukan dengan standard keselamatan yang sangat ketat.

Menurut portal Insider, pelakon kena masuk kursus keselamatan penggunaan senjata dan belajar apa jadi jika tidak beri perhatian kepada keselamatan orang sekeliling di set.

87372556

Manakala weapon master atau penjaga prop senjata adalah orang terakhir yang akan serahkan contohnya pistol kepada pelakon atau pelagak ngeri (stuntman) selepas pemeriksaan teliti dan memastikan pistol itu selamat digunakan. Mereka juga kena ada lesen senjata api.

Pistol dalam dunia skrin difahamkan biasanya tiada peluru hidup sebaliknya ada semacam serbuk letupan di kelongsong peluru untuk buat percikan api di muncung sebagai efek tembak ‘piu piu piu’ secara tipu-tipu.

Namun tetap ia membahayakan orang di sekitarnya kalau duduk dekat-dekat.